Siakap Keli
Gambar: Indie Wire

Sering Dituduh Sombong, Brad Pitt Dedah Sedang Derita Sakit Prosopagnosia

Sering Dituduh Sombong, Brad Pitt Dedah Sedang Derita Sakit Prosopagnosia

Selebriti terkenal Hollywood, Brad Pitt mendedahkan bahawa dia sedang menghidap prosopagnosia, iaitu sejenis penyakit yang menyukarkannya mengecam dan mengingati rupa seseorang, lapor Best Life.

Menurut beliau, kebanyakan orang tidak mempercayai bahawa dia menghidap penyakit tersebut dan akan menuduhnya sebagai seorang yang sombong.

“Saya pernah memberitahu orang ramai tentang masalah ini, namun tiada siapa yang percaya. Saya menjadi takut apabila memikirkan orang-orang akan menganggap saya sombong dan tidak mahu bergaul.

“Ramai juga yang membenci saya kerana mereka fikir yang saya tidak menghormati mereka. Jadi, saya bersumpah, saya mengambil masa selama setahun di mana saya hanya mampu berkata, Ok, di mana kita bertemu. Namun, ia semakin memburukkan keadaan”, ujar Brad Pitt.

Pakar telah melabelkan keadaan sukar mengecam seseorang sebagai “prosopagnosia”, atau dikenali sebagai buta muka. Dan ia mungkin menjejaskan lebih ramai orang daripada yang anda fikirkan.

Brad Pitt turut menyatakan bahawa dia sukar untuk memulakan apa-apa perkenalan kerana gusar sekiranya menyinggung perasaan orang lain.

“Itulah sebabnya saya cuma tinggal di rumah dan tidak berinteraksi dengan ramai orang,” ujarnya.

Tidak hairan sekiranya orang ramai mempersoalkan keadaan Pitt yang kurang bergaul. Hal ini ekoran kariernya sebagai selebriti Hollywood yang terkemuka.

Kebanyakan media mendedahkan bahawa Brad Pitt merupakan seorang yang rendah diri dan tulus terhadap orang lain. Beliau juga jarang menggelarkan dirinya sebagai seorang pelakon.

“Pada borang, dia menyenaraikan pekerjaannya itu sebagai bekerja sendiri.”

Justeru itu, sekiranya orang ramai bertemu dengan Brad Pitt lebih daripada sekali, jangan terlalu beremosi sekiranya dia tidak mengenali.

Hal ini bukan disebabkan dia berlaku sombong, namun ia adalah disebabkan penderitaan yang dihadapinya apabila cuba untuk berhubung dengan orang lain.

Sumber: Best Life/Kosmo

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.