Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Tak Cukup Duit Nak Bedah Hidung, Wanita Tergamak Jual Anak Berusia Lima Hari

Tak Cukup Duit Nak Bedah Hidung, Wanita Tergamak Jual Anak Berusia Lima Hari

RUSIA – Wanita yang didakwa telah menjual anak lelakinya dengan harga £2,900 (RM12,910) bagi menanggung kos pembedahan hidungnya telah berjaya ditahan, lapor Daily Mail.

Wanita tersebut berusia 33 tahun dari Dagestan, di selatan Rusia, dikatakan telah memberitahu rakannya bahawa dia tidak mahu menjaga bayinya itu.

Dia dilaporkan telah mencari dan mengaturkan sepasang pasangan suami isteri untuk membeli bayinya yang hanya berusia lima hari selepas dia dilahirkan pada 25 April lalu.

Polis berkata, wanita tersebut telah menyerahkan anaknya kepada pasangan itu hanya dengan £2881.95 (RM12,830), dengan deposit sebanyak 10%.

Pasangan suami isteri yang membeli bayi itu telah memberikan kenyataan mereka kepada pihak polis dengan berkata, “ibu kandungnya mahu meninggalkannya di hospital,” ketika ditemu bual.

Mereka juga memberitahu, “dia tidak dapat memberi nafkah kepada anaknya itu, jadi saya mengambil anak itu untuk dijaga.”

Namun, bayi lelaki itu memerlukan rawatan lanjut di hospital dan doktor meminta sijil kelahiran bayi tersebut dari pasangan itu.

Apabila pasangan itu kembali kepada wanita tersebut untuk meminta sijil kelahiran bayi, dia hanya akan memberikannya sebagai pertukaran untuk mendapatkan wang sebanyak £1440.98 (RM6,415) lagi.

Wanita itu turut memberitahu pasangan itu dia sebenarnya tidak mempunyai pekerjaan, tempat tinggal atau sebarang wang simpanan.

Namun, apabila menerima sejumlah wang itu pada 26 Mei lalu, wanita tersebut memberitahu mereka bahawa dia berhasrat untuk membelanjakan wang tersebut bagi membuat pembedahan hidung.

Pasangan yang membeli bayi itu berkata, wanita itu memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk membuat pembedahan hidung supaya pernafasannya menjadi lebih baik.

Namun, sebelum pasangan itu menyerahkan baki jumlah bayaran kepada wanita tersebut, pihak polis berjaya menahan wanita itu atas dakwaan melakukan pemerdagangan manusia.

Dalam satu kenyataan yang diperoleh Newsflash, Jawatankuasa Penyiasatan Persekutuan Rusia untuk Republik Dagestan berkata, “pihak mereka telah memulakan siasatan atas kes jenayah terhadap seorang wanita berusia 33 tahun seorang penduduk bandar Kaspiysk.”

Kenyataan itu berkata wanita tersebut telah dituduh kerana menjual manusia selain bayinya.

“Menurut penyiasat, pada 25 April 2022, seorang wanita telah melahirkan seorang anak lelaki di Hospital Pusat Bandar Caspian,” lanjut pihak berkuasa.

Pasangan itu akhirnya bersetuju untuk mengambil bayi lelaki tersebut sebagai anak angkat mereka selepas diberitahu tentang keadaan ibu kepada bayi tersebut dan telah diberikan galakkan oleh jiran kepada suspek.

“Saya berkawan dengannya dan mencadangkan dia untuk memberikan anak itu kepada sebuah keluarga yang tidak boleh mempunyai anak lagi,” kata jiran suspek itu kepada pihak polis.

Hasil siasatan juga melaporkan, wanita berkenaan pernah pergi ke tempat notari untuk mengeluarkan penepian hak kepada kanak-kanak itu pada 30 April lalu dan menukarkan bayi itu dengan sejumlah wang tunai.

“Dia tidak mahu meninggalkan bayi itu begitu sahaja, dia mahu mencari keluarga untuknya,” kata pasangan yang membeli bayi tersebut.

“Pada masa ini, beberapa siri tindakan penyiasatan sedang dijalankan bertujuan untuk menentukan semua faktor jenayah yang dilakukan dan menyatukan semua bukti kesalahan suspek,” kata kenyataan itu.

Sumber: Daily Mail

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.