Tak Terima Calon Suami Berkulit Gelap, Pengantin Nekad Batalkan Perkahwinan Semasa Bersanding
INDIA – Pengantin perempuan bertindak membatalkan majlis perkahwinannya dengan alasan calon suaminya berkulit terlalu gelap untuknya, lapor India Times.
Pembatalan majlis kahwin itu dilaporkan amat dikesali oleh bakal pengantin lelaki bersama keluarganya. Lelaki tersebut mendapati, bakal pengantin perempuan itu terlalu berprasangka buruk terhadap kulit gelapnya semasa mereka ingin berkahwin.
Pada hari kejadian, wanita itu telah membuat pengakuan yang mengejutkan di mana dia telah berkata pengantin lelaki berkulit ‘terlalu gelap’ untuk menjadi suaminya, walaupun kedua-dua belah pihak bersama tetamu berada di majlis berkenaan.
Tambahan pula, wanita itu turut membuat keputusan membatalkan majlis perkahwinan tersebut di saat-saat akhir iaitu hari di mana mereka sepatutnya berkahwin.
Sebaik sahaja majlis perkahwinan bermula, pasangan itu perlu bertukar kalung sesama sendiri. Di situlah semua masalah bermula apabila secara tiba-tiba, pengantin perempuan mendedahkan hasratnya untuk membatalkan perkahwinan.
Wanita itu turut mendakwa, pengantin lelaki yang diperkenalkan sebelum ini bukanlah yang akan dikahwininya. Dia berkata, dia tidak menyukai warna kulitnya kerana terlalu gelap.
Malah apabila ahli keluarganya merayu agar dia kembali, dia meninggalkan ‘mandap’ dan tidak pulang. Selepas lebih enam jam cuba untuk memujuk pengantin perempuan tersebut, pengantin lelaki dan ‘baraat’ pergi meninggalkan majlis itu tanpa melangsungkan perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, bapa pengantin lelaki telah memfailkan aduan kepada pihak polis kerana mendakwa barang kemas bernilai ribuan rupee yang diberikan kepada wanita tersebut sebagai hadiah tidak dikembalikan semula kepada mereka.
Pengantin lelaki juga menyifatkan, kejadian yang menimpanya itu membahayakan nyawanya.
Sumber: India Times
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%