Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Bimbang Diancam Bunuh, Remaja Buat ‘Content’ TikTok Hina Ketua Kartel Mexico Mohon Maaf

Bimbang Diancam Bunuh, Remaja Buat ‘Content’ TikTok Hina Ketua Kartel Mexico Mohon Maaf

MEXICO – Seorang remaja lelaki yang dilaporkan menghina bos kartel dadah di Mexico melalui laman media sosial TikTok terpaksa membuat permohonan maaf kerana bimbang dirinya diancam bunuh akibat perbuatannya itu.

Disebabkan menghina bos kartel dadah yang paling merbahaya, remaja tersebut terpaksa mengeluarkan permohonan maaf untuk keselamatan dirinya setelah melemparkan pelbagai kata-kata hinaan di mana kata-katanya telah menyinggung perasaan Ketua kartel Jalisco New Generation Cartel (CJNG).

Akaun TikTok yang menjadi medium untuk remaja tersebut membuat ‘content’ menghina ketua kartel itu telah dirahsiakan. Menurut pihak berkuasa, ketua kartel itu juga merupakan seorang lelaki yang paling dikehendaki di Mexico.

 

Remaja yang berusia belasan tahun tersebut telah melemparkan beberapa penghinaan terhadap penjenayah paling dikehendaki itu. Walaupun lelaki itu dianggap sebagai kartel kedua paling berkuasa di Mexico selepas Kartel Sinaloa, namun CJNG juga dianggap antara yang paling berbahaya.

Kecenderungannya terhadap keganasan melampau bermakna penjenayah ini paling dikehendaki oleh pihak berkuasa. Dia juga mungkin mempunyai pelbagai rancangan dan cara untuk datang selepas remaja tersebut menghinanya di dalam media sosial.

Dalam video pertama yang dibuat, remaja itu dilihat sedang berehat di sebatang tiang lampu sambil menghina ketua kartel itu menggunakan bahasa Sepanyol.

Remaja itu berkata, “dengar baik-baik kamu anak tak guna, kamu boleh hisap zakar saya. Saya tak tidur seperti El Pirata atau El Chanito de Culiacan.”

Nama yang disebutkan oleh remaja tersebut dalam video yang dibuatnya merupakan seorang  YouTuber dari Mexico berusia 17 tahun di mana remaja itu mati ditembak pada tahun 2017 selepas menghina ketua kartel yang sama dalam klip video itu.

“Saya kebal dan tak boleh disentuh. Saya ada membuat perjanjian dengan syaitan. Saya datang untuk bakar anda. Saya tak takut untuk mengatakan yang anda boleh hisap zakar saya,” kata remaja itu lagi dalam videonya.

Namun, selepas sedar akan bahaya yang menanti, dia terus membuat video yang kedua untuk mohon maaf.

Di dalam video kedua itu, remaja tersebut telah berkata, “saya minta maaf atas apa yang saya katakan. Saya tidak sihat dan tidak sedar dengan apa yang telah saya katakan.”

“Apa yang berlaku adalah satu perbuatan yang salah dan bodoh. Saya tak fikir dahulu akan kesan dan akibatnya. Saya buat begitu untuk menghiburkan pengikut saya di TikTok. Saya mohon keampunan, katanya lagi.”

“Awak dan keluarga awak sangat disenangi. Tolong jangan bunuh saya, saya ada keluarga seperti awak. Saya minta maaf, kita semua buat salah,” katanya dengan ketakutan.

“Saya ada masalah psikologi tuan, percayalah kami suka awak,” katanya lagi dalam keadaan terdesak.

Namun, video penghinaan itu masih dimuat naik pada akaun yang tidak diketahui walaupun akaun TikTok remaja itu telah ditutup.

YouTuber sebelum ini yang mati ditembak mempunyai kira-kira 300,000 pengikut di Instagram apabila dia membuat video menghina ketua kartel tersebut pada tahun 2017.

Sejurus selepas membuat video itu dan menyiarkannya, dia telah ditembak sebanyak 15 hingga 18 kali ketika dia keluar berpesta dengan beberapa rakannya di Jalisco.

Sumber: Daily Star

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.