Siakap Keli
Pesawat Dipercayai Bawa Presiden Sri Lanka
Gambar: FlightRadar24

Pesawat Dipercayai Bawa Presiden Sri Lanka Jadi Kapal Terbang Paling Dijejaki Di Seluruh Dunia

Pesawat Dipercayai Bawa Presiden Sri Lanka Jadi Kapal Terbang Paling Dijejaki Di Seluruh Dunia

Sebuah kapal terbang dipercayai membawa Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa iaitu pesawat Saudia Airlines yang berlepas dari Maldives menuju ke Singapura menjadi kapal yang paling dijejaki oleh dunia pada Khamis, 14 Julai 2022, lapor Awani.

Rekod tersebut telah membuktikan bahawa isu krisis ekonomi dan politik di Sri Lanka telah menarik perhatian global untuk menegtahui perkembangan status negara itu. 

Menurut data dari Flightradar24.com, kira-kira 5,000 pengguna telah menjejaki pesawat Saudi 788 yang berlepas dari Male lebih kurang pukul 7.43 pagi waktu tempatan.

Difahamkan, jumlah tersebut melebihi tiga kali ganda jumlah pengguna yang menjejaki pesawat Angkatan Udara Perancis yang melintasi ruang udara Eropah.

Menurut laporan, Rajapaksa menaiki pesawat tersebut untuk ke Singapura dan seterusnya ke Arab Saudi pada awal Khamis menerusi laporan berita rasmi dari Maldives yang enggan namanya didedahkan.

Berdasarkan laporan dari Flightradar24, pesawat Boeing 787 Dreamliner dijangka akan mendarat di Singapura pada pukul 7.12 malam, Khamis. Dalam pada itu, pesawat itu juga sudah mula dilihat melintasi ruang udara Selat Melaka pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia.

Terdahulu, Sri Lanka telah disahkan mengalami bankrup dengan krisis ekonomi yang teruk berlaku ketika ini juga dijangka akan berterusan sehingga tahun depan, maklum Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe Selasa lalu.

Negara dengan populasi 22 juta itu terpaksa melalui tempoh-tempoh sukar selama berbulan-bulan lamanya seperti masalah inflasi dan bekalan tenaga terpaksa dipotong selepas kerajaan dilaporkan telah kehabisan matawang asing untuk mengimport barang keperluan penting.

Difahamkan, antara punca kepada masalah tersebut adalah pengurusan ekonomi negara itu sendiri yang dipercayai sangat lemah.

Wickremesinghe berkata, negara itu yang dulunya berada dalam keadaan makmur akan mengalami kemelesetan ekonomi yang tak pernah terjadi sebelum ini, akan terjadi pada tahun ini termasuk kekurangan sumber makanan, bahan api dan ubat-ubatan secara berterusan.

Sumber: Awani, FlightRadar24

Faiz Mustafa