Siakap Keli
dewa 19 konsert kuala lumpur
Gambar: Dewa19

Dewa19 Bakal Adakan Konsert Di Malaysia, Persembah 30 Lagu Yang Jarang Didengari

Dewa19 Bakal Adakan Konsert Di Malaysia, Persembah 30 Lagu Yang Jarang Didengari

Kumpulan muzik legenda dan paling berjaya Indonesia, Dewa19 dilapor bakal mengadakan konsert di Malaysia tidak lama lagi bersempena Konsert Jelajah Ulang Tahun Ke-30 Dewa 19.

Berita berkenaan dimuatnaik di laman facebook Dewa19-Anniversary Tour semalam. Menerusi infografik yang dimuat naik, konsert berkenaan dijangka akan diadakan di Kuala Lumpur.

Memetik portal berita RTM pula, difahamkan konsert berkenaan dijangka akan diadakan September ini, bagaimanapun tarikh sebenar masih belum didedahkan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman facebook rasmi Dewa19, kumpulan berkenaan terlebih dahulu mengadakan jelajah di kota-kota besar Indonesia antaranya di Semarang, Malang, Lampung dan Surabaya.

Dewa19 juga mendedahkan sebelum ini bahawa mereka akan memperdengar 30 buah lagu yang jarang dimainkan oleh mereka dalam konsert kali ini. Lagu-lagu berkenaan merupakan lagu-lagu yang dipetik daripada album pertama hingga album terakhir.

Pengaruh muzik Dewa19 di Malaysia memang tidak boleh disangkal lagi dengan deretan lagu-lagu mereka menjadi siulan anak muda, khususnya yang lahir sekitar 90-an dan awal 2000.

Antara lagu-lagu hits kumpulan ini adalah Kangen, Kirana, Laskar Cinta, Lagu Cinta, Roman Picisan, Pupus dan Aku Sedang Ingin Bercinta.

Untuk jelajah konsert ini, selain membawa dua vokalis baru, Dewa19 turut menampil dua bekas vokalis mereka iaitu Once dan Arri Lasso. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapakah vokalis yang akan dibawa ke konsert mereka di Kuala Lumpur.

 

BACA: Polis Bakar Ganja Lebih 1.5 Tan, Asap Tebal & Bau ‘Aneh’ Buat Orang Awam Panik

Sumber: Dewa19

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.