Siakap Keli
polis bakar ganja
Sumber: Daily Mail

Polis Bakar Ganja Lebih 1.5 Tan, Asap Tebal & Bau ‘Aneh’ Buat Orang Awam Panik

Polis Bakar Ganja Lebih 1.5 Tan, Asap Tebal & Bau ‘Aneh’ Buat Orang Awam Panik

Polis Colombia terpaksa meyakinkan orang awam bahawa keselamatan mereka terjamin selepas munculnya asap hitam seperti membentuk awan tebal selepas pasukan berkenaan membakar kira-kira 1.5 tan ganja yang dirampas.

Penduduk di pinggir Bandar Medellin menjelaskan mereka terhidu bau ganja yang luar biasa selepas polis membakar stok ganja yang dirampas pada hari Selasa yang lalu.

Difahamkan, angin menjadi lebih kuat selepas beberapa ketika dan ia menyebabkan bau ganja tersebar ke seluruh bandar sekaligus menyelubungi penduduk tempatan dengan satu bau yang sangat aneh.

Orang awam di beberapa blok penempatan berdekatan juga terpaksa dipindahkan.

Berikutan panik yang melanda, Pejabat Datuk Bandar terpaksa tampil menjelaskan bahawa asap tebal berkenaan bukannya berpunca daripada kebakaran hutan.

Beberapa badan penguatkuasa seperti polis, bomba dan wakil pejabat peguam negara dilapor turut terlibat dalam operasi pelupusan ganja tersebut.

Seorang penduduk setempat, Edilberto Castaño menerangkan kepada Caracol TV iaitu sebuah rangkaian televisyen di Colombia, “Kami merasakan asap yang sangat mengerikan keluar dari batalion itu, bau ganja itu telah mengejutkan semua orang.”

Mengikut laporan Daily Mail, rampasan dadah itu berlaku di dua buah alamat pada malam Selasa, menurut polis.

Mereka menambah bahawa pemilik penghantaran sempat melepaskan tembakan ke arah pegawai dalam percubaan terakhir untuk melindungi produk mereka dari dirampas.

Ganja tersebut didakwa akan ‘didoskan, diedarkan dan dijual di The Vice Squares‘, kawasan kejiranan El Mirador di bandar itu. Pelupusan dibuat selepas lebih 1 tan ganja dirampas di ibu negara, Bogota.

BACA: Bilangan Penduduk Dunia Dijangka Cecah 8 Bilion Pada 15 November Ini

Sumber: Daily Mail

Nurul Nazihah