Skuad Muda Negara Muncul Juara Piala AFF B-19, Benam Laos 2-0
Skuad bawah 19 tahun negara (B-19) berjaya melakar sejarah baharu bola sepak tanah air apabila menjuarai kejohanan Piala AFF B-19 yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia sebentar tadi.
Kemenangan 2-0 ke atas pasukan Laos yang diraih oleh anak buah Hassan Sazali Waras itu sekali gus menyaksikan skuad muda negara berjaya ditabalkan sebagai juara keseluruhan kejohanan.
Lebih manis lagi, skuad negara berjaya melangsaikan misi membalas dendam ke atas pasukan Laos setelah kalah di peringkat kumpulan tempoh hari.
Gol pertama pasukan Malaysia berjaya dijaringkan oleh Faiz Amez Runnizar seawal minit ke-14.
Gol kedua pula menjelma di separuh masa kedua hasil daripada jaringan yang dilakukan oleh Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-76.
Kemenangan ini secara tidak langsungnya telah membanggakan dan mengejutkan komuniti bola sepak tempatan.
Syabas dan tahniah untuk pasukan Malaysia.
Keputusan Masa Penuh
Final Kejuaraan B-19 AFF 2022 | Jumaat, 15 Julai 2022
MALAYSIA 🇲🇾 2-0 🇱🇦 LAOS
⚽️ Faiz Amer Runnizar 14' Aliff Izwan Yuslan 76'
Kredit Foto: AFF#FAM #HarimauMalaya #AFFU19 pic.twitter.com/LSq4v9Xmln
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 15, 2022
Sumber: FAM
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%