Siakap Keli
berniaga sambil bersedekah
Gambar: TikTok rusdhidarikah

Berniaga Sambil Bersedekah, Chef Kongsi Cara Potong Ayam 10 Bahagian & Nampak Besar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya berniaga sambil bersedekah juga mampu memberikan keuntungan di samping darjat kita diangkat oleh Yang Maha Esa.

Dalam ekonomi yang kian berkocak kini, sudah semestinya ramai peniaga yang ingin menyelamatkan perusahaan atau perniagaan yang diusahakan masing-masing selama ini.

Berniaga merupakan salah satu cabang mencari rezeki halal, namun ia juga mempunyai banyak cabaran termasuklah bergantung kepada keadaan semasa seperti kos barangan.

Hal ini kerana, sekiranya kos barangan semakin meningkat, para peniaga juga terpaksa ikut sama meningkatkan harga jualan demi kelangsungan bisnes dan pulangan modal.

Bagaimanapun, ada juga sesetengah peniaga yang berniaga sambil niat bersedekah kepada pelanggan mereka.

Seperti yang dilakukan oleh seorang peniaga nasi ayam, rusdhidarikah, dalam video di TikTok yang berdurasi 2 minit 17 saat, beliau baru-baru ini berkongsikan tips dalam berniaga.

Potongan Ayam

Kebanyakan peniaga biasanya gemar memotong ayam kepada 14 atau 15 bahagian bagi menjimatkan kuantiti. Sebaliknya, chef ini menjelaskan bahawa dia lebih gemar untuk memotong ayam kepada 10 bahagian.

Walaupun dianggap jauh lebih merugikan berbanding cara peniaga lain, beliau menyifatkan ia suatu perkara biasa baginya dengan memotong 10 bahagian ayam.

@rusdhidarikah

Moga semua peniaga kedai makan dapat sale banyak. aminberandafyp fypage foryourpage deenasiayamjengka deenasiayamkajang deenasiayampandanindah

♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic

Berdasarkan video tersebut, rusdhidarikah berkongsikan cara memotong ayam yang bermula dengan potong kepada dua bahagian.

Tambahan lagi, bagi menampakkan ayam itu lebih besar dan menarik, beliau turut meletakkan sayuran di atas pinggan bagi menampakkan ayam berkenaan lebih menarik.

Sehubungan itu, barulah ramai pelanggan yang tertarik dan berselera dengan hidangan ayam yang disediakan.

Sementara itu, rusdhidarikah juga menjelaskan bahawa dia berniaga sambil bersedekah.

“Dalam berniaga, rezeki bukan di tangan kita, sebaliknya Allah SWT yang memberikan rezeki,” jelasnya.

Sumber: TikTok Rusdhidarikah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.