Doktor Disiasat, Bantu Kes Gugur Kandungan Kanak-Kanak Perempuan 10 Tahun
AMERIKA SYARIKAT – Pegawai undang-undang tertinggi di Indiana, Amerika Syarikat telah melancarkan satu siasatan jenayah ke atas seorang doktor yang melakukan pengguguran ke atas mangsa serangan seksual berusia 10 tahun, lapor Daily Star.
Peguam Negara Todd Rokita berkata, pejabatnya sedang menyiasat seorang doktor pakar obstetrik-ginekologi kerana didakwa tidak melaporkan penderaan seksual yang berlaku ke atas gadis itu kepada pihak berkuasa.
Di bawah undang-undang Indiana, doktor mempunyai tiga hari untuk melaporkan kejadian serangan seksual kanak-kanak kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang.
Peguam Negara memberitahu, “kami sedang mengumpul bukti, dan kami akan memerangi isu ini hingga akhir, termasuk memeriksa lesennya” kata beliau.
“Jika dia gagal melaporkannya di Indiana, ia boleh diklasifikasikan sebagai satu jenayah. Hal ini kerana, doktor tersebut dilihat tidak melaporkan kejadian itu dengan segera dan seperti sengaja tidak melaporkannya,” kata beliau lagi.
Rentetan dari kejadian ini, seorang lelaki berusia 27 tahun telah dipenjarakan selepas didakwa atas pelbagai pertuduhan merogol gadis berusia 10 tahun itu.
Beliau juga turut memberitahu, tertuduh yang juga merupakan suspek rogol berusia 27 tahun itu tidak berada di Amerika secara sah.
Dalam satu kenyataan peguam itu berkata, “selain daripada kengerian disebabkan oleh pendatang haram di sini, kami sedang menyiasat situasi ini dan sedang menunggu dokumen yang berkaitan untuk membuktikan sama ada pengguguran atau penderaan dilaporkan, kerana doktor itu sepatutnya perlu melaporkan kedua-duanya di bawah undang-undang Indiana.”
“Kegagalan berbuat demikian merupakan satu jenayah di Indiana, dan tindakannya juga boleh menjejaskan lesennya,” tambahnya lagi.
Di samping itu, menurut laporan kes ini menjadi tumpuan apabila adanya seorang doktor lelaki di situ menjadi orang yang pertama membawa kes itu kepada perhatian umum dengan melaporkannya kepada Indianapolis Star.
Peguamnya mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan keberanian doktor lelaki itu adalah satu tindakan yang sangat wajar dan bijak.
Kenyataan itu berkata, “dia mengikuti semua dasar, prosedur dan peraturan yang berkaitan dalam kes ini, sama seperti yang dia lakukan setiap hari untuk memberikan penjagaan yang terbaik untuk pesakitnya,” kata peguam tersebut memuji tindakan doktor lelaki itu.
“Dia tidak melanggar mana-mana undang-undang, termasuk undang-undang privasi pesakit, dan dia juga tidak dikenakan tindakan disiplin oleh majikannya,” tambah peguam itu lagi.
Sumber: Daily Star
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%