Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Didakwa Hina Islam, Nabi & Allah Ditahan Polis Tadi

Iqbal Yasir
lelaki hina islam ditahan polis
Keratan video tular di media sosial.

Gara-gara didakwa hina agama Islam dengan melabelkan Nabi Muhammad SAW, Allah dan Islam dengan kata-kata kesat, seorang lelaki akhirnya ditahan oleh pihak polis, lapor Kosmo!.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan, lelaki yang berusia 39 tahun itu ditangkap kira-kira jam 12.30 tengahari sebentar tadi.

“Suspek ditangkap di sebuah rumah di Batu 8, Bukit Kuchai, Puchong oleh pasukan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman,” katanya, memetik Kosmo!.

Dalam pada itu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Sebelum itu, ‘sejajar’ dengan kelantangannya, lelaki terbabit turut mencabar pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membunuhnya.

Kenyataan mencabar tersebut dinyatakan dalam satu video pendek berdurasi 36 saat seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

Sumber: Kosmo!