Siakap Keli
kanak-kanak tunggang gajah setiap hari ke sekolah
Gambar Via Bangkok Post/ Thaiger

Dakwa Nak Jimat Kos Minyak, Kisah Kanak-Kanak Tunggang Gajah Tiap Hari Ke Sekolah Tular

Dakwa Nak Jimat Kos Minyak, Kisah Kanak-Kanak Tunggang Gajah Tiap Hari Ke Sekolah Tular

Seorang kanak-kanak perempuan di daerah Satuek, Thailand menjadi tular di media sosial selepas menjadikan gajah sebagai ‘kenderaan’ untuknya ke sekolah setiap hari bagi menjimatkan kos minyak.

Memetik laporan Bangkok Post, kanak-kanak yang berusia 11 tahun itu dikenali sebagai Pupae.

Bapanya, Wisanchol Yongram, 38, berkata Pupae menunggang gajah milik mereka yang dinamakan sebagai Ole dan kini berusia 25 tahun.

Menurutnya, keluarga mereka mempunyai empat ekor gajah termasuk Ole, seekor lembu berusia 22 tahun yang dipanggil Wassana serta dua ekor anaknya, Ngamchok dan Ngamta.

Difahamkan, gajah itu sebelum ini telah terlibat dalam pertunjukan untuk pelancong di sebuah kandang gajah di Ayutthaya tetapi mereka terpaksa kembali ke Buri Ram selepas pandemik COVID-19 melanda.

kanak-kanak tunggang gajah setiap hari ke sekolah
Gambar: Thaiger

Pupae dikatakan mempunyai hubungan yang erat dengan Ole selepas sering meluangkan waktu bersama gajah itu sejak dia masih kecil. Malah, dia juga bukan sahaja memberi makan dan memandikan haiwan itu tetapi turut menunggangnya sejak berusia 6 tahun.

Kanak-kanak itu juga berkata bahawa dia mempunyai ikatan yang kuat dengan Ole dan bercita-cita untuk menjadi doktor haiwan suatu hari nanti agar dia dapat merawat gajah.

Menurut laporan, Pupae telah menunggang haiwan itu ke Sekolah Samrong Piman, yang berada 500 meter dari rumahnya.

Alasannya adalah kerana keluarganya cuba untuk menjimatkan kos minyak.

Dia mengakui bahawa rakan-rakannya di sekolah pada awalnya terpegun melihat kehadiran haiwan itu tetapi lama-kelamaan mereka sudah terbiasa.

Sementara itu, video yang memaparkan Pupae menunggang gajah itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen memberikan respon yang baik terutama apabila melihat hubungan antara Pupae dan Ole.

Sumber: Bangkok Post

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.