Banjir landa daerah Garut di Indonesia, tular video ikan gergasi didakwa ditemui penduduk selepas banjir surut
Baru-baru ini hujan lebat dilaporkan telah melanda beberapa kawasan di wilayah Jawa Barat sehingga mengakibatkan banjir kilat di daerah Garut.
Bagaimanapun, di sebalik bencana banjir itu, para penduduk di daerah tersebut juga gempar dengan satu video tular yang memaparkan penemuan seekor ikan gergasi.
Memetik laporan Pikiran Rakyat, ikan gergasi itu dipercayai telah terdampar di tengah-tengah kawasan perumahan selepas banjir surut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram, orang ramai dilihat sedang mengelilingi ikan gergasi tersebut.
Ikan itu dipercayai telah ditemui di kawasan Cipejeuh berhampiran Dayeuhandap di sungai Cipejeuh. Ketika itu air sungai dilaporkan telah melimpah akibat hujan lebat sejak Jumaat.
Difahamkan, penduduk yang melihat ikan gergasi itu cuba mengangkat dan mengalihkannya ke tepi jalan. Namun, ikan gergasi itu didakwa sangat berat dan sukar untuk dialihkan walaupun dipikul oleh empat orang sekali gus.
Dek kerana terlalu besar, orang ramai telah menyamakan ikan itu dengan ikan di Sungai Amazon, Amerika Selatan iaitu arapaima.
“Seberat satu tan,” kata seorang penduduk yang menyaksikan proses mengangkat ikan gergasi itu.
Pun begitu, sehingga kini masih belum ada pengesahan lanjut berhubung kesahihan penemuan ikan tersebut di kawasan Cipejeuh.
Terdahulu, turut dilaporkan bahawa 13 kawasan di daerah Garut dilanda banjir kilat akbat hujan lebat. Malah, beberapa buah rumah dan bangunan juga musanh akibat tanah runtuh.
View this post on Instagram
BACA: (Video) Pemancing Terpaku, Tengah Mancing Tiba-tiba Ikan ‘Gergasi’ Melompat Dari Air
Sumber: Pikiran Rakyat