Siakap Keli
influencer terkenal disaman
Gambar Via PDRM

Tiada Lesen Memandu, Polis Sahkan “Influencer” Terkenal Disaman

Tiada Lesen Memandu, Polis Sahkan “Influencer” Terkenal Disaman

Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa seorang ‘influencer’ terkenal telah disaman dalam Operasi Motosikal dan Pelbagai Kesalahan yang telah dijalankan oleh JSPT KL semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim berkata pempengaruh tersebut telah disaman pada jam 11.30 malam di Jalan Raja Laut.

“Tindakan saman telah diambil terhadap sebuah kenderaan jenis Audi berwarna hitam di atas kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987-026 (1) tidak mempamerkan nombor pendaftaran di bahagian hadapan kenderaan dan Akta Pengangkutan Jalan 1987-014 (1) memandu tanpa lesen memandu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya lagi, sebanyak 146 jumlah saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dan tiga buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalah mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Terdahulu, tular satu gambar di media sosial yang didakwa memaparkan seorang pempengaruh disaman oleh polis.

Sumber: Polis KL

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.