Siakap Keli
nahas helikopter di rusia
Gambar: Daily Star

3 Dilapor Maut Dalam Nahas Babitkan Sebuah Helikopter Di Rusia

3 Dilapor Maut Dalam Nahas Babitkan Sebuah Helikopter Di Rusia

RUSIA – Dua orang pelancong dan seorang juruterbang dilapor maut dalam nahas melibatkan helikopter terhempas sebelum mayatnya diseret dan dimakan beruang, lapor Daily Star.

Difahamkan, helikopter Robinson itu telah dipandu oleh Igor Malinovskii, 25 yang merupakan bekas atlet biathlon sebelum terhempas di kawasan pelancongan popular yang terletak di Kamchatka.

Selepas helikopter yang dipandu itu terhempas dan mengorbankan nyawa kesemua penumpang, seekor beruang coklat dikatakan telah datang menghampiri mayat yang rentung sebelum menyeret dan memakan mereka.

Menurut sumber, penumpang helikopter itu merupakan ahli perniagaan tempatan terkenal, Zoya Kaygorodova, 30 dan Sergey Kolesnyak,29, ahli eksekutif syarikat telefon mudah alih di Tele2.

Stetsen TV tempatan mengatakan bahawa mayat pelancong yang maut ekoran nahas helikopter Robinson di Kamchatka telah diseret oleh beruang.

Nahas helikopter itu dilaporkan berpunca daripada keadadan cuaca yang buruk. Namun begitu, pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan.

Mayat mangsa insiden tersebut ditemui berhampiran dengan lokasi kejadian.

Pelancong tersebut dikatakan telah menghabiskan lebih RM22,000 (£4,250) dalam sesi percutian itu.

Kaygorodova ialah bekas pengurus di syarikat terkemuka Rusia TsUM dan Eldorado sebelum memiliki syarikat produk kebersihan sendiri.

Malinovskii pula merupakan pemegang juara dunia junior lima kali biathlon. Namun menurut laporan, kerjayanya itu telah terhenti ekoran impak pandemik coronavirus.

Dia telah berlatih semula sebagai juruterbang dan bekerja untuk bapanya Vladimir Malinovskii untuk membawa pelancong ke sekitar kawasan terpencil Kamchatka.

Sumber: Daily Star

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.