Siakap Keli
Juruterbang Terpaksa 'Tinggalkan' Pesawat
Gambar: Daily Mail

Detik Cemas Juruterbang Terpaksa ‘Tinggalkan’ Pesawat Menjunam Ketika Terbang Berjaya Dirakam

Detik Cemas Juruterbang Terpaksa ‘Tinggalkan’ Pesawat Menjunam Ketika Terbang Berjaya Dirakam

BELGIUM – Aksi seorang juruterbang yang berjaya mengawal pesawatnya ketika hampir terjunam sempat dirakam oleh penduduk di situ dan dianggap mereka sebagai satu keajaiban, lapor Daily Mail.

Seorang juruterbang secara ajaib terselamat dari nahas kapal terbang di mana pesawatnya terjunam ke bawah selepas berlaku kecemasan di udara bertempat di kawasan kejiranan Belgium.

Menurut laporan, beberapa orang saksi mendengar bunyi letupan di langit di atas kepala mereka. Kemudian, apabila mereka mendongak, mereka dapat melihat satu pesawat bergerak dalam keadaan hampir terjunam dari langit.

Pictured: The plane is shown descending towards the ground with a parachute behind it

Kejadian itu sempat dirakam oleh penduduk di sana sehingga menjadi tular di media sosial. Pada mulanya di dalam rakaman, pesawat tersebut kelihatan sedang bergerak secara perlahan.

Namun, apabila ia hampir mendarat ke bawah dan lalu di atas pokok serta tiang lampu, jelas pesawat itu akan turun dengan laju.

Dengan rempuhan yang kuat, pesawat itu mendarat dengan jatuhnya kipas terlebih dahulu di tepi jalan berhampiran kawasan kejiranan Sint-Andries di mana dapat dilihat sayap kiri pesawat itu terhempas di atas sebuah van putih dan pagar rumah.

With a loud crash, the plane lands propeller-first on the side of a road in Sint-Andries, its left wing crashing down on top of a white van and a fence

Menurut penduduk di situ, pada mulanya pesawat itu kelihatan bergerak secara perlahan namun secara tiba-tiba ia turun dengan sangat laju dan kelihatan seperti akan terjunam ke bawah.

Apa yang ajaibnya, juruterbang itu terselamat dalam nahas ngeri itu dan berjalan keluar dari peswat dalam keadaan selamat serta hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Pictured: The plane is shown in the position that it landed, propped up by a fence and a van

Pegawai yang menerima laporan kejadian itu menyifatkan juruterbang tersebut merupakan seseorang yang sangat berpengalaman. Ketika ini, juruterbang itu sedang dirawat dan namanya telah dirahsiakan.

Mereka menyatakan bahawa keputusan juruterbang itu untuk menggunakan Sistem Pemulihan Balistik (BRS) di mana dia melancarkan payung terjun merupakan langkah bijak sekaligus telah menyelamatkan nyawanya.

Pegawai bomba yang tiba di tempat kejadian juga dilihat telah mengambil langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang mungkin akan terjadi disebabkan berlakunya tumpahan minyak dan timbulnya buih di jalan sekeliling pesawat itu terhempas.

Pictured: The under-side of the plane is shown in this photograph from the crash site

Pihak berkuasa penerbangan juga telah melancarkan satu siasatan mengenai punca nahas itu. Namun, mereka masih belum menerima laporan akan apa yang dihadapi oleh juruterbang itu.

Menurut Aviation A2Z, pesawat yang terlibat dalam nahas pada hari Jumaat adalah Dyn’Aéro MCR01 iaitu pesawat ringan gentian karbon dengan dua tempat duduk.

Sistem Pemulihan Balistik direka khas untuk mengelakkan ‘rempuhan keras’ dan untuk menyelamatkan kedua-dua juruterbang serta keseluruhan pesawat sekiranya berlaku sebarang kecemasan ketika dalam penerbangan.

Untuk menyelamatkan diri apabila menggunakan pesawat ini, juruterbang mesti menarik tuil yang akan melepaskan payung terjun keluar dari belakang pesawat.

Kemudian, dengan keluarnya payung terjun maka ia membolehkan pesawat mendarat dengan perlahan. Hanya pesawat kecil sahaja yang mempunyai Sistem Pemulihan Balistik terpasang disebabkan oleh beratnya.

Sumber: Daily Mail

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.