Ngeri, Bomba Dilapor Patah Paha Dihempap Kereta Semasa Keluarkan Mangsa Kemalangan
NEW YORK – Detik ngeri menimpa seorang anggota bomba apabila dirinya dihempap oleh sebiji kereta semasa cuma menyelamatkan mangsa kemalangan, lapor Daily Mail.
Kejadian tersebut berlaku ketika sepasukan skuad bomba New York 1 telah dikerah untuk menyelamatkan mangsa kemalangan melibatkan dua buah kereta yang mana mengakibatkan sebuah kereta berada di atas kereta lain.
Video tersebut memaparkan seorang anggota bomba cuba menstabilkan sebuah BMW hitam yang berada di atas sebuah Volvo putih.
Menurut pesuruhjaya Balai Bomba New York, Laura Kavanagh, pada ketika itu, pemandu BMW berkenaan secara tidak sengaja tertekan pedal minyak dan menyebabkan ia terjatuh dan menghempap anggota bomba tersebut.
Tiada sebarang maklumat mengenai punca berlakunya kemalangan.
“Saya dan isteri sedang berhenti kerana lampu isyarat, dan terlihat sebuah kereta tiba-tiba dipandu berhampiran kenderaan kami,” ujar pemandu Volvo.
Dalam satu temu bual berasingan, pemandu Volvo yang dikenali sebagai Wahn memberitahu bahawa pemandu BMW tersebut masih berada dalam kenderaan ketika bomba dihempap.
“Ia benar-benar gila kerana tiada sesiapa di belakang kami pada masa itu. Kami adalah satu-satunya kereta di antara dua lampu itu,” ujarnya.
“Salah seorang penumpang hampir tidak dapat dikeluarkan ekoran insiden itu sehinggalah kereta tersebut terbalik menghempap anggota bomba,” ujar saksi.
Anggota bomba tersebut telah dikejarkan ke hospital ekoran mengalami kecederaan serius namun dilaporkan telah berada dalam keadaan stabil dan mengalami patah tulang paha.
Tiada kecederaan lain dilaporkan akibat kemalangan itu.
Menurut balai bomba, anggota bomba yang cedera itu adalah antara wira yang menyelamatkan sekumpulan pelancong Colombia selepas bot mereka terbalik di Sungai Hudson.
Sumber: Daily Mail
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%