Ikrar romantik pasangan pengantin yang menandatangani perjanjian yang dianggap aneh di atas kertas kadbod yang besar jadi perhatian umum.
Sepasang suami isteri telah menandatangani satu perjanjian pra-perkahwinan yang dianggap aneh di majlis pertunangan mereka dengan menetapkan apa yang perlu dilakukan setelah membina mahligai rumah tangga kelak.
Dalam perjanjian tersebut, Shanti dan Mintu menandatangani satu kontrak berbentuk ‘ikrar’ romanti dan salah satu isi kandungan kontrak tersebut adalah mereka hanya dibenarkan makan pizza hanya sekali dalam sebulan dan perlu pergi ke gym setiap hari.
Memetik Mirror, antara perjanjian lain yang terkandung dalam kontrak tersebut adalah perlu mengambil gambar yang cantik setiap kali mereka mengadakan pesta dan membeli-belah setiap 15 hari. Berpesta hingga lewat malam dibenarkan dengan hanya satu sama lain.
Difahamkan, pasangan tersebut telah mengikat tali pertunangan pada 9 Julai di Assam, India. Menerusi rakaman tersebut juga menunjukkan pasangan itu telah meletakkan nama masing-masing pada kertas kontrak tersebut.
Dalam video itu juga, kelihatan kedua-dua pasangan itu meletakkan pen mereka pada sekeping kadbod besar dengan tertera perkataan ‘kontrak’ yang tertulis di bahagian atas.
Selain itu, mereka juga akan sentiasa bersetuju untuk mengatakan ‘ya’ kepada hidangan tradisional India yang dipanggil ghar ka khana. Mereka juga berjanji untuk memakai saree setiap hari dan sarapan pagi setiap hari ahad dengan ‘tum banaogay’.
Menurut Mirror, dikatakan bahawa pengantin perempuan yang mencipta kontrak tersebut dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Kontrak gergasi itu juga turut menjadi hiasan di pelamin dengan bunga biru dicetak di bahagian sudut kontrak.
BACA: Dinobatkan Antara Tersedap Di Dunia, Ini Kisah Beras Koshihikari Yang Ramai Tak Tahu
Sumber: Mirror