Siakap Keli
jennifer lopez ben affleck berkahwin
Kredit: Life & Style/Page Six

Selepas Hampir 20 Tahun, Pasangan Jennifer Lopez & Ben Affleck Akhirnya Sah Berkahwin

Selepas hampir 20 tahun lamanya, penyanyi dan selebriti terkenal US, Jennifer Lopez akhirnya sah berkahwin dengan pasangannya, Ben Affleck baru-baru ini, lapor CNN.

Menurut sumber rapat Jennifer, pasangan itu telah berkahwin dalam suatu majlis di Las Vegas. Jenifer sendiri turut mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut CNN, difahamkan Ben telah melamar penyanyi lagu On The Floor itu pada bulan April lalu.

“Saya benar-benar terfikir dan hanya memandang matanya sambil tersenyum serta menangis selepas memikirkan semula selepas 20 tahun lalu. Saya tergamam lalu menerima lamarannya itu,” kata Jennifer.

Sewaktu perjalanan ke Las Vegas yang digelar dengan jolokan ‘ibu kota perkahwinan’, pasangan itu juga terserempak dengan empat pasangan lain, jelas Jennifer.

Gambar: Allure via Google

Tambah pelakon itu, gaun yang dipakai semasa majlis perkahwinan merupakan pakaian daripada filem lakonannya sendiri, manakala Ben Affleck pula hanya memakai kot dari almarinya sahaja.

“Sewaktu melafazkan ikrar (perkahwinan) di gereja, kami menyarungkan cincin antara satu sama lain untuk dipakai selamanya. Ia merupakan majlis perkahwinan yang terbaik pernah kami bayangkan,” katanya.

Difahamkan, selepas 17 tahun, barulah Jennifer dan Ben kembali untuk melangsungkan perkahwinan mereka yang pernah dibatalkan satu ketika dahulu.

Kini, dia secara rasminya menggunakan nama ‘Puan Jennifer Lynn Affleck’ selepas bertukar status menjadi isteri.

Terdahulu, Jennifer dan Ben sudah mengenali antara satu sama lain lebih dari 20 tahun. Pasangan itu mula bertemu sejak Disember 2001 dalam sebuah drama romantik “Gigli“. Sejak itu mereka mula menjalinkan hubungan.

Menjelang November 2002, mereka dilaporkan bertunang namun terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka pada September 2003 ekoran mendapat perhatian ‘lebih’ daripada media.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka telah dibatalkan secara rasmi pada pada Januari 2004.

Sumber: CNN

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.