Siakap Keli
lamborghini hentam bmw
Gambar: TMZ

Padah Tak Sengaja Masuk Gear ‘Reverse’, Lamborghini ‘Dipandu’ Anak Ben Affleck ‘Hentam’ BMW

Padah gara-gara tak sengaja masuk gear ‘reverse’, kereta sport Lamborghini dinaiki anak Ben Affleck telah hentam sebuah BMW di belakangnya.

Anak lelaki pelakon US, Ben Affleck iaitu Samuel Garner Affleck, 10, terlanggar sebuah kereta jenis BMW semasa duduk di tempat pemandu sebuah Lamborghini, lapor TMZ.

Difahamkan, anaknya secara tidak sengaja memasukkan gear undur menyebabkan Lamborghini itu merempuh bahagian hadapan BMW tersebut dalam kejadian di sebuah kedai kereta sewa mewah.

Pada awalnya, Ben dilaporkan pergi ke kedai kereta sewa mewah di Beverly Hills, iaitu 777 Exotics bersama isterinya, Jennifer Lopez dan anak mereka (Samuel).

Ketika itu, kedua-dua pasangan berkenaan sedang leka melihat pelbagai kereta di kedai tersebut, sementara anak mereka melompat masuk ke dalam sebuah Lamborghini berwarna kuning.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu bertindak menekan pedal minyak dalam keadaan enjinnya sudah dihidupkan, namun tidak dapat dipastikan siapakah yang menghidupkannya – Samuel atau orang lain.

Berdasarkan video, bumper belakang pada bahagian penumpang Lamborghini itu menyentuh roda hadapan BMW putih berkenaan.

Sejurus kejadian, Samuel melompat keluar dari kenderaan itu dan memeriksa pada bahagian belakang kereta sekiranya berlaku kerosakan.

Dalam pada itu, wakil memberitahu kepada TMZ bahawa tiada sebarang kerosakan dan semua dalam keadaan selamat.

Tambahan pula, seorang pekerja di 777 Exotics juga menjelaskan tiada kemalangan yang melibat kenderaan sekitar selain kedua-dua kereta itu.

Menurut TMZ, hanya berlaku sedikit perlanggaran dalam namun tiada sebarang kerosakan yang dialami akibat kemalangan itu.

Sumber: TMZ

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?