Siakap Keli

Berkilat Macam Baru, Pasangan Ini ‘Cipta’ Lamborghini Buatan Tangan Sendiri

Beberapa hari lalu, tular satu video di TikTok memaparkan pasangan suami isteri yang menaiki sebuah kereta Lamborghini.

Bagaimanapun, ia menjadi perhatian kerana kereta tersebut sebenarnya ‘dicipta’ sendiri oleh mereka.

Memetik laporan Liputan6, Lamborghini itu kelihatan cantik dari luar. Justeru, tidak hairanlah ia berjaya membuatkan netizen tersalah anggap.

Menerusi video tersebut, pasangan itu dilihat melakukan sedikit ‘drama’ sebelum menaiki kereta berkenaan.

Jika dilihat dari luar, kereta itu memang kelihatan cantik kerana ia berkilat dan jika dibandingkan dengan kereta di sebelahnya, Lamborghini tersebut kelihatan sangat berbeza.

Kerusi kereta Lamborghini itu berwarna kuning dan putih, cuma tapaknya yang belum dicat warna oren dan membuatkan kereta itu kelihatan kurang menarik.

Pun begitu, kreativiti pembikinan kereta itu tetap mendapat pujian ramai netizen.

Wanita di dalam video tersebut, Siska Ananda berseloroh bahawa kereta itu berharga IDR 5 bilion (RM1.4 juta).

Sehingga kini, videonya telah mendapat sebanyak 10.2 juta tontonan di TikTok dan dihujani dengan pelbagai komen menarik dari netizen.

@siska_ananda

Bukan sekejap

♬ suara asli – 🆂🅰🅼 🅳🅾🆁🅴🅼🅸 – 🆂🅰🅼 🅳🅾🆁🅴🅼🅸

@siska_ananda

Bukan sekejap

♬ suara asli – 🆂🅰🅼 🅳🅾🆁🅴🅼🅸 – 🆂🅰🅼 🅳🅾🆁🅴🅼🅸

BACA: (Video) Guna Keluli & Tanah Liat, Sekumpulan Lelaki Berjaya ‘Cipta’ Kereta Bugatti Sendiri

Sumber: Liputan6

Sofea

There's always another side to every story