Siakap Keli
singapura subvarian centaurus
Gambar via CNA

Singapura Lapor Dua Kes Subvarian Omicron Dikenali Sebagai Centaurus

Singapura Lapor Dua Kes Subvarian Omicron Dikenali Sebagai Centaurus

Dua kes import Covid-19 subvarian Omicron BA.2.75 dicatatkan di Singapura pada Khamis, 14 Julai 2022 lalu jelas Menteri Kesihatan (MOH). 

Menurut laporan CNA, MOH berkata dua individu tersebut baru sahaja pulang dari melancong ke India dan segera melaksanakan kuarantin selepas disahkan positif COVID-19. Walau bagaimanapun, mereka telah dilaporkan pulih sepenuhnya, lapor MOH. 

Difahamkan, Subvarian BA.2.75 yang juga digelar sebagai Centaurus mula dikesan di India pada awal Mei lalu. Sejak dari itu, terdapat kes yang dilaporkan hampir di 10 buah negara lain termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan Kanada. 

“Pada masa kini, masih belum ada bukti yang menunjukkan bahawa BA.2.75 mempunyai virulensi atau kadar keseriusan yang jauh berbeza dari varian Omicron terdahulu,” kata MOH pada Sabtu, lapor CNA. 

Khamis lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengklasifikasikan BA.2.75 sebagai subvarian Omicron masih di bawah pemantauan. 

Ketua Saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan berkata masih belum ada sampel yang cukup untuk menilai tahap keparahan varian itu. Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah menetapkan varian BA.2.75 sebagi ‘varian dalam pemantauan’ pada 7 Julai.

Ini bermakna terdapat beberapa petunjuk bahawa kadar penularan mungkin lebih besar atau dikaitkan dengan penyakit yang lebih teruk, walau bagaimanapun  buktinya masih lemah dan belum boleh dipastikan. 

Singapura telah mencatatkan 9,153 kes baharu COVID-19 setakat tengah hari Sabtu dan 8,691 terdiri daripada jangkitan tempatan dan 462 kes import. Terdapat tiga laporan kematian menjadikan jumlah kematian akibat komplikasi coronavirus kepada 1,450, lapor CNA. 

BACA: Wanita Didakwa Timbulkan Suasana Tidak Harmoni Dalam Kalangan Umat Islam Dituduh Di Mahkamah Tinggi Syariah Esok

BACA JUGA: Ayah Nak Jimat Petrol, Budak 11 Tahun Tunggang Gajah Ke Sekolah

Sumber: CNA

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.