Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Tetamu Lari Bertempiaran, Ombak Besar Badai Pantai Hawaii ‘Musnahkan’ Sebuah Majlis Perkahwinan

Tetamu Lari Bertempiaran, Ombak Besar Badai Pantai Hawaii ‘Musnahkan’ Sebuah Majlis Perkahwinan

Fenomena ombak besar yang membadai pantai Hawaii telah membuatkan sebuah majlis perkahwinan hampir musnah serta menyebabkan tetamu basah kuyup dan bertempiaran mencari tempat perlindungan.

Menurut Daily Mail, meskipun majlis tersebut dibadai ombak besar hingga memusnahkan kek perkahwinan, mereka tetap meneruskan majlis.

Pengantin perempuan, Riley Carson Murphy kekal tenang malah sempat berkongsi peristiwa yang tidak akan dilupakannya itu melalui akaun Instagram peribadinya.

“Ombak tinggi telah memusnahkan separuh daripada majlis kami. Saya dan suami Dillon Murphy, menikmati malam yang tidak dapat dilupakan itu sambil dikelilingi oleh orang yang tersayang,” tulisnya.

Ombak besar itu didakwa berpunca daripada Taufan Darby yang berpusing sejauh 870 batu ke selatan pulau lalu membawa angin kencang dan ombak tinggi ke pulau tengah Pasifik tersebut.

Video yang memaparkan beberapa pengunjung berlari mencari tempat perlindungan sambil memegang koktel itu telah dikongsikan di media sosial Instagram miliknya dan mendapat tontonan melebihi 300 ribu.

Tetamu yang lain turut sempat mengambil video ombak yang datang tanpa diundang itu.

Detik-detik mengejutkan apabila ombak besar muncul menghempas tembok laut di pusat peranginan tepi pantai di Pulau Besar Hawaii turut berjaya dirakam.

Ombak besar itu juga telah menghanyutkan meja-meja yang telah dihias dengan bunga.

Tiada sebarang laporan kecederaan diterima sepanjang ombak besar itu melanda pantai Hawaii. Hanya kek perkahwinan setinggi tiga tingkat telah dilaporkan musnah.

Jabatan Tanah dan Sumber Asli Hawaii menutup beberapa pantai yang menghadap ke selatan sehari sebelum perkahwinan.

Agensi itu berkata bahawa gelombang selatan itu dijangka menjadi yang terbesar dilihat di Hawaii sejak sedekad lalu.

Ombak sama turut menghempas sebuah kondo dua tingkat dan membanjiri beberapa rumah dan tempat letak kereta di kawasan Kailua-Kona, Hawaii.

Pada hari yang sama, kebanyakan pantai yang menghadap ke selatan di semua Pulau Hawaii menyaksikan keadaan ombak bersejarah tersebut.

“Taufan Darby sememangnya mencapai tahap taufan Kategori 3 sebelum ia bergelora di luar pesisir”, ujar Jabatan Tanah dan Sumber Asli Hawai.

Sumber: Daily Mail

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.