Siakap Keli
rogol nenek umur 100 tahun
Gambar: BBC

Padah Rogol Nenek Umur 100 Tahun, Lelaki Dilapor Maut Diserang Penduduk Setempat

Padah Rogol Nenek Umur 100 Tahun, Lelaki Dilapor Maut Diserang Penduduk Setempat

KENYA – Seorang lelaki berusia 22 tahun dilapor meninggal dunia akibat diserang oleh sekumpulan penduduk kampung yang mengamuk selepas mengesyaki bahawa dia telah memperkosa seorang warga emas berusia 100 tahun, lapor Daily Star.

Menurut pihak berkuasa, lelaki itu dilaporkan maut selepas mengalami kecederaan yang serius akibat diserang oleh sekumpulan perusuh yang marah di kampung Karundori Runyenjes, Embu County di Kenya.

Suspek yang merupakan seorang pelajar universiti dilaporkan telah menceroboh rumah mangsa dan merogolnya ketika wanita itu sedang tidur.

Wanita tersebut kemudiannya segera membunyikan penggera dan orang awam yang mendengarnya segera bergegas untuk membantunya.

“Penduduk yang marah telah bertindak balas dengan menangkap suspek lalu membawanya ke sekumpulan penduduk yang lain,” lapor Kenya Music.

Menurut laporan, kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak polis oleh dua penduduk tempatan yang merupakan saksi utama di tempat kejadian.

Komander Polis Timur Embu Emmanuel Okanda, menggesa orang ramai supaya tidak bertindak melulu dengan mengambil tindakan sesuka hati.

Beliau juga berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung dengan kejadian itu dan turut memberitahu bahawa mayat si mati telah dibawa ke bilik mayat di hospital Kyeni dan kini sedang menunggu laporan pemeriksaan bedah siasat.

Warga emas tersebut dilaporkan telah dikejarkan ke hospital susulan daripada insiden terbabit.

Menurut laporan, keadaannya kini sedang beransur pulih di rumahnya.

Sumber: Daily Star

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.