Siakap Keli
gelombang haba 2060
Gambar: SEBASTIEN BOZON / AFP

PBB Beri Amaran ‘Gelombang Haba’ Dijangka Lebih Kerap Berlaku Menjelang 2060

PBB Beri Amaran ‘Gelombang Haba’ Dijangka Lebih Kerap Berlaku Menjelang 2060

Gelombang haba seperti yang sedang berlaku di Eropah Barat dilihat semakin kerap berlaku dan trend ini dikhuatiri akan berterusan sehingga tahun 2060, menurut PBB dalam satu kenyataan Selasa lalu.

Fenomena gelombang haba yang berlaku sekarang ini merupakan satu amaran kepada negara lain yang banyak melakukan perlepasan karbon dioksida ke atmosfera, kata Pertubuhan Meteorologi Sedunia PBB.

“Kejadian ini berlaku lebih kerap dan trend yang tidak bagus ini akan berterusan sehingga 2060, menghambat kejayaan kami dalam usaha mitigasi iklim,” Kata Ketua WMO Petteri Taalas dipersidangan di Geneva.

“Berkat perubahan iklim, kita telah pecah rekod.. Pada masa hadapan, gelombang haba ini akan menjadi normal, malah kita juga akan melihat ia menjadi lebih ekstrem,” tambahnya lagi.

”Pelepasannya masih meningkat dan kita tidak pasti jika kita dapat melihat kemuncaknya pada tahun 2060. Jika kita tidak mampu membendung kadar pelepasan tersebut terutamanya dalam negara-negara Asia yang merupakan pelepas terbesar.”

WMO mengadakan sidang akhbar dengan WHO, agensi bersama di PBB yang turut serta bagi membincangkan mengenai gelombang haba yang melanda Eropah Barat.

Gelombang haba itu mencetuskan kebakaran hutan yang telah memusnahkan banyak kawasan dan mendorong suhu sehingga melebihi 40 darjah celcius di Britain buat kali pertama.

“Kami menjangkakan puncaknya hari ini di seluruh Perancis, UK, dan mungkin juga Switzerland. Menjawab kepada soalan semua bila ini akan berakhir? Malangnya ianya mungkin akan berakhir sehingga pertengah minggu hadapan,” Kata Robert Stefanki, Ketua Perkhidmatan Iklim WMO.

BACA: Ketua Pendakwa Syarie Tidak Teruskan Pertuduhan Terhadap Seorang Wanita

Sumber: AFP

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.