Siakap Keli
Temui 'Ulat Besar' Dalam Durian
Kredit: Mothershi.sg

Wanita Menjerit Ketakutan, Temui ‘Ulat Besar’ Dalam Durian Yang Dibeli

Wanita Menjerit Ketakutan, Temui ‘Ulat Besar’ Dalam Durian Yang Dibeli

Sebuah keluarga di Singapura terkejut apabila mendapati terdapat ulat besar dalam durian yang dibeli, lapor Mothership.sg.

Difahamkan, ulat itu dijumpai ketika salah seorang daripada mereka sedang membuka durian berkenaan.

Kejadian itu sempat dirakam dan dikongsi melalui sebuah akaun media sosial TikTok @jeraldjustinjk.

Menurut akaun TikTok tersebut, keluarganya telah membeli hampir 10 biji durian jenis Musing King yang berharga lebih RM300 (100sgd) dari sebuah gerai tepi jalan.

Keluarganya bercadang untuk memakan durian tersebut sewaktu perhimpunan keluarga pada hari terbabit. Namun, disebabkan kejadian itu, segalanya menjadi serba tidak kena.

Ko memberitahu semasa dia berada di dapur untuk menyediakan makanan malam, dia terdengar ibunya menjerit.

“Jadi reaksi spontan saya adalah mengambil telefon dan merakam.”

@jeraldjustinjk

Durian Season SURPRISE 😂

♬ 오리지널 사운드 – 𝕐𝕄 – 𝕐𝕄

Bersebelahan dengan isi durian itu terdapat seekor ulat bewarna kemerah-merahan yang sangat besar.

Ko menganggarkan bahawa ulat tersebut bersaiz lebih kurang sama dengan jari kelinkingnya yang agak berisi itu.

Terkejut dengan penampakan ulat itu, ibunya terus menjerit dan meminta Ko untuk mengambil durian tersebut bersama beg plastik dan segala-galanya. Namun, dia tidak berani berbuat demikian.

Di tengah-tengah kekecohan itu, Ko berkata isterinya sibuk dengan panggilan kerja, manakala anak-anaknya tidak tahu apa yang berlaku.

Akhirnya, isterinya muncul dan membuang durian tersebut.

Menurutnya, hanya satu daripada 10 buah durian yang dibeli mengandungi ulat.

Ibunya memberitahu bahawa dia masih akan menggunakan isi daripada durian lain yang dibuka untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.

“Saya pasti tidak akan makan pencuci mulut itu,” Ko Justin.

Apabila ditanya sama ada dia akan kembali ke gerai durian untuk memaklumkan penjual tentang ulat yang terdapat di dalam durian mereka, dia berkata memandangkan harga setiap durian agak murah iaitu RM30 (Sgd10) sebiji, dia hanya akan mengelak daripada mengunjungi gerai tersebut lagi.

Sekiranya anda tertanya-tanya, ulat yang Ko dan keluarganya temui ialah larva, sekumpulan rama-rama yang tergolong dalam genus Mudaria.

Spesies dalam kumpulan ini dipanggil pengorek benih Durian, dan dianggap sebagai perosak buah.

Rama-rama dewasa bertelur pada buah, dan larva masuk ke dalam buah untuk memakan benih. Mereka hidup di dalam buah sehingga ia matang, dan meninggalkan frass coklat (atau tahi) pada daging durian.

Sumber: Mothership.sg

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.