Siakap Keli
youtuber dedah trick 3 magic
Gambar Via FactoFusion

Youtuber Dedah 3 ‘Trick’ Magik Paling Popular Pernah Dipersembah Dalam Rancangan Got Talent

Youtuber Dedah 3 ‘Trick’ Magik Paling Popular Pernah Dipersembah Dalam Rancangan Got Talent

Silap mata atau magik menjadi salah satu bentuk hiburan yang suatu ketika dahulu sering dipertontonkan di televisyen dan pastinya menjadi rancangan pilihan ramai.

Kebiasaannya para penonton akan terpegun dan takjub melihat pelbagai gerakan dan helah yang mengelirukan.

Walaupun persembahan silap mata kini jarang diberikan exposure di televisyen, ia masih lagi mendapat perhatian terutama di negara luar.

Jika anda pernah menonton rancangan pencarian bakat popular iaitu Britain’s Got Talent dan America’s Got Talent, anda pasti akan melihat beberapa orang peserta menunjukkan bakat mereka melakukan silap mata termasuk Andrew Lee dari Malaysia.

Sepanjang rancangan itu bersiaran, ada beberapa silap mata yang sangat luar biasa dan mengagumkan barisan juri serta penonton.

Bagaimanapun di sebalik ketakjuban penonton, timbul persoalan berkaitan helah yang dilakukan oleh ahli silap mata yang pastinya tidak meninggalkan sebarang ‘jejak’ atau ‘lompong’ untuk orang ramai mempersoalkan ‘kebenaran’ silap mata tersebut.

Bahkan, ada beberapa ‘trick’ magik yang dilakukan oleh mereka yang masih belum dapat dirungkai.

Pun begitu, saluran YouTube FactoFusion telah memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai tricks tiga silap mata yang paling popular di rancangan tersebut.

The Blindfolded Knife and Card – Andrew Lee

Ia termasuk helah silap mata pisau dan kad yang dilakukan oleh Andrew dalam Britain’s Got Talent pada tahun 2018.

Ketika itu, Andrew membuatkan juri dan penonton ‘kecut perut’ melihat aksinya yang melemparkan pisau dan ‘menikam’ kad pada satu papan hitam yang digantung pada salah seorang hos dalam keadaan matanya tertutup.

Kad yang ditikam itu telah dipilih secara rawak terlebih dahulu oleh hos dan dicampurkan bersama kad-kad yang lain ketika Andrew melemparkan pisau tersebut.

Jika difikirkan logik akal, mustahil seseorang boleh melemparkan pisau tepat pada papan tersebut dalam keadaan mata tertutup dan menikam kad yang tepat.

Namun menurut saluran YouTube tersebut, rahsia di sebalik persembahan itu adalah Andrew tidak pernah melemparkan pisau itu kerana ia telah ‘dipasang’ di dalam papan tersebut.

The Bartender Milk Carton – Mat Franco

Salah satu silap mata yang paling popular adalah yang dilakukan oleh Mat Franco di America’s Got Talent pada musim 12. Sebelum itu, Mat pernah menjadi juara pada musim ke-9.

Mat pada ketika itu hadir dengan helah yang sangat mengelirukan di mana dia telah menuang enam gelas cecair yang berbeza dari satu kotak susu termasuk bir dan air lemon.

Tambah membuatkan penonton tercengang adalah apabila dia mengoyakkan kotak tersebut bagi membuktikan bahawa dia tidak melakukan sebarang helah.

Bagaimanapun, menurut FactoFusion, Mat telah menggunakan serbuk pelbagai perisa di dalam keenam-enam gelas itu dan mengisi air kosong di dalam kotak susu. Menjadikannya tidak disedari oleh penonton.

The Death Trap Escape Act – Hiroki Hara

Beralih kepada ahli silap mata dari Jepun, Hiroki Hara, beliau mempersembahkan silap mata yang agak ‘mengerikan’ ketika menyertai America’s Got Talent pada tahun 2016.

Selepas menukar pakaiannya di atas pentas, Hara masuk ke dalam ‘kotak perangkap maut’ yang dipenuhi dengan pisau di sekelilingnya.

Hara ‘dikurung’ di dalam kotak tersebut dan tidak lama kemudian pisau-pisau itu menembusi kotak. Namun dia tidak kelihatan di dalam kotak itu dan tidak lama kemudian muncul secara mengejut di hadapan para juri.

Seperti yang diketahui, helah seperti ini bukan pertama kali dipertontonkan kepada orang ramai, sebelum ini ada beberapa orang ahli silap mata yang pernah melakukannya.

Persoalannya, bagaimana mereka boleh menghilangkan diri dan berpindah ke tempat yang lain?

Untuk tahu lebih lanjut, jom saksikan video di bawah ini.

Sumber: FactoFusion

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.