Siakap Keli
Lelaki Gertak Dua Wanita Guna Pistol
Kredit: New York Post

Berang Tak Ucap Terima Kasih Kerana ‘Tahan’ Pintu, Lelaki Gertak Dua Wanita Guna Pistol

Berang Tak Ucap Terima Kasih Kerana ‘Tahan’ Pintu, Lelaki Gertak Dua Wanita Guna Pistol

AMERIKA – Seorang lelaki berusia 25 tahun didakwa telah mengacukan pistol ke arah dua orang wanita disebabkan mereka tidak mengucapkan terima kasih kepadanya setelah dibukakan pintu di sebuah pasar raya, lapor Newsweek.

Menurut laporan, pihak penguatkuasa undang-undang segera bertindak balas selepas menerima laporan berkenaan seorang lelaki yang didakwa telah mengacukan pistol ke arah dua orang pelanggan di luar premis kedai berkenaan.

Ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, saksi memberitahu bahawa terdapat seorang lelaki mengacukan pistol ke arah dua wanita yang dibukakan pintu oleh lelaki berkenaan.

Kemudian, menurut laporan saksi, mereka turut memberitahu pihak polis bahawa lelaki itu secara tiba-tiba marah selepas dua wanita itu tidak mengucapkan terima kasih kepadanya.

Apabila polis berjaya mengesan lokasi lelaki itu, mereka telah menjumpai senjata api yang digunakan untuk menggertak mangsa dan lelaki itu turut tidak memberikan kerjasama ketika ditangkap. Walau bagaimanapun, tiada sesiapa yang mengalami sebarang kecederaan atas kejadian itu.

Tambahan pula, lelaki itu juga telah didakwa membawa senjata api tanpa permit dan mempunyai dua pertuduhan lain iaitu melanggar keamanan tahap kedua serta mengganggu pegawai polis menjalankan kerja. Dia juga dijangka akan dihadapkan ke mahkamah pada 2 Ogos depan.

Walaupun tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu, keganasan menggunakan senjata api tetap menjadi isu utama di seluruh Amerika Syarikat disebabkan terlalu banyak kes tembakan maut berlaku.

Sumber: Newsweek

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.