Siakap Keli
anak ayam empat kaki
Gambar: Thaiger

Didakwa Bawa Tuah, Penternak Thailand Terkejut Dapati Anak Ayam Miliki Empat Kaki

Didakwa Bawa Tuah, Penternak Thailand Terkejut Dapati Anak Ayam Miliki Empat Kaki

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Seorang penternak di wilayah Nong Khai dikatakan dilanda tuah setelah menemukan seekor ayam betina berkaki empat dalam ladang miliknya.

Menurut penduduk tempatan, ayam luar biasa itu dipercayai membawa tuah dan mungkin mendedahkan nombor loteri yang akan menang bulan depan.

Memetik Thaiger, ekoran tuah yang dimiliki ayam tersebut, setiap hari penduduk tempatan akan bepusu-pusu ingin bertemu dengan ayam tersebut.

Difahamkan, Idisak telah membeli ayam sebanyak 1,000 ekor dua minggu lalu untuk diternak dalam Ladang Big Bum miliknya dan dia mendapati seekor daripadanya memiliki fizikal yang luar biasa.

“Saya telah menternak ayam selama 15 tahun dan ini kali pertama saya melihat ayam berkaki empat dan berpunggung dua,” ujar Idisak.

Ayam luar biasa itu diberi nama “Nong Nam Chok” yang membawa erti Si kecik yang membawa tuah.

Penduduk setempat akan mengunjungi ladang ayam tersebut setiap hari dengan harapan Nong Nam Chok akan membawa tuah dan kekayaan kepada diri mereka.

Mereka turut memerhatikan tingkah laku ayam itu dengan harapan ia akan mendedahkan nombor loteri yang menang bulan depan.

Setakat ini, penduduk berpendapat bahawa angka ‘942’ yang akan menang bulan depan. Selain itu, mereka turut membeli tiket loteri ‘163’ iaitu bersempena dengan nombor rumah Idisak.

Menurut sumber, sebelum ini, ayam berkaki empat pernah ditemui di Cina oleh seorang penternak bernama Zhu.

Namun ayam tersebut tidak membawa tuah dan dia membiarkan ayam tersebut terkenal selama 15 minit sebelum dimakan oleh seisi keluarganya.

Ayam berkaki empat merupakan kejadian yang jarang berlaku namun pernah dilaporkan ditemui di China, India dan Thailand.

Nama saintifik bagi fenomena ini ialah polymelia, yang membawa erti kecacatan genitik dan kecacatan kongenital anggota badan.

Ayam yang mengalami polymelia cenderung untuk memiliki anggota badan berlebihan yang sering mengecut atau cacat.

Sumber: Thaiger

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: