Siakap Keli
Justin Bieber Umum Sambung Semula Siri Konsert
Gambar: People/ Cosmopolitan

Ditangguh Kerana Ramsay Hunt, Justin Bieber Umum Sambung Semula Siri Konsert Jelajah Dunia

Ditangguh Kerana Ramsay Hunt, Justin Bieber Umum Sambung Semula Siri Konsert Jelajah Dunia

Bintang pop terkenal dunia, Justin Bieber dilaporkan akan meneruskan semula siri konsert Justice Tour yang sebelum ini ditangguhkan kerana masalah penyakit Ramsay Hunt yang dihidapinya.

Memetik laporan CNA Lifestyle, konsert tersebut terlebih dahulu dijadualkan akan berlangsung pada 31 Julai di Itali sebelum dia ‘beraksi’ di Eropah pada bulan Ogos.

Setelah itu, jadual Bieber akan padat dengan konsert di Amerika Selatan pada bulan September dan seterusnya di Afrika Selatan, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand.

Dia dijadualkan akan kembali semula ke Eropah pada tahun 2023.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 28 tahun itu masih belum mengumumkan tarikh baharu bagi konsert di Amerika Utara.

Terdahulu, Bieber telah menangguhkan konsert jelajahnya di Amerika Syarikat pada Jun lalu selepas belum pulih sepenuhnya daripada penyakit Ramsay Hunt yang menyebabkannya mengalami lumpuh separa muka.

Dia sebelum itu memaklumkan kepada orang ramai mengenai sindrom yang dihidapinya itu menerusi satu video di media sosialnya.

Menerusi video itu, mata kanannya dilihat tidak berkelip akibat lumpuh. Dia juga menjelaskan bahawa sindrom yang dialaminya itu berpunca daripada jangkitan virus.

“Saya secara fizikal tidak mampu meneruskan konsert tersebut, seperti yang anda dapat lihat keadaan saya sangat serius,” katanya.

BACA: Justin Bieber Terpaksa Tangguh Konsert Summerfest, Masih Belum Pulih

Sumber: CNA Lifestyle

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.