Siakap Keli
Rakan-Rakan Paksa Setubuhi Kucing
Gambar Via Detik.com

Kawan Paksa Setubuhi Kucing, Budak 11 Tahun Maut Akibat Kemurungan Melampau

Rakan-Rakan Paksa Setubuhi Kucing, Budak 11 Tahun Meninggal Dunia Akibat Kemurungan Melampau

Jawa Barat – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kucing.

Memetik laporan Detik.com, kanak-kanak yang menjadi mangsa buli itu sakit tenat dan turut mengalami kemurungan melampau susulan kejadian tersebut.

Mangsa yang berasal dari Daerah Singaparna, Kabupaten Tasikmalaya itu didakwa telah dipaksa oleh rakan-rakannya untuk menyetubuhi kucing dan video aksi tersebut turut tular di media sosial.

Ibu bapa mangsa berkata kanak-kanak itu sering murung dan mengelamun beberapa hari sebelum dia meninggal dunia pada Ahad lalu.

Mangsa juga mengadu sakit tekak sehingga sukar untuk makan dan minum serta menjadi lebih teruk selepas mengalami sawan.

Berikutan itu, dia dibawa ke hospital tetapi nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Gambar: Detik.com

“Dia kata pada kami bahawa tekaknya sakit, bila minum air ia dimuntahkan semula. Kami bawa dia ke hospital tetapi akhirnya meninggal dunia,” kata ibu mangsa.

Tambahnya lagi, dia juga pernah bertanyakan mengenai video buli yang berlaku kepada anaknya dan mengapa mangsa mahu melakukan aksi tersebut.

Jawab mangsa, dia sering dipaksa dan dipukul oleh rakan-rakannya.

“Anak saya mendakwa sering dipukul oleh rakan-rakannya. Tapi mungkin itu gurauan. Anak saya selalu bermain jauh-jauh, saya ada empat orang anak, jadi susah untuk mengawasinya. Saya pun terkilan bila tengok video itu,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua KPAI Tasikmalaya, Ato Rinanto berkata pihaknya kini sedang menghulurkan bantuan psikologi dan pemulihan kepada keluarga mangsa.

“Kami lihat keluarga mangsa masih belum berada dalam keadaan psikologi yang stabil, jadi kami menawarkan bantuan dan pemulihan psikologi, pendidikan dan mungkin proses undang-undang,” katanya.

BACA: Warga Emas Dilapor Merogol Jirannya, Dakwa ‘Terdesak’ Kerana Isteri Sudah ‘Menopaus’

Sumber: Detik.com, CNN Indonesia

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.