Siakap Keli
microsoft teams tergendala
Gambar: Google

Perkhidmatan Microsoft Teams Tergendala, Ribuan Pengguna Seluruh Dunia Dilapor Terjejas

Perkhidmatan Microsoft Teams Tergendala, Ribuan Pengguna Seluruh Dunia Dilapor Terjejas

Media sosial khususnya di Twitter dibanjiri dengan aduan orang ramai yang mendakwa tidak dapat mengakses perkhidmatan Microsoft Teams, ketika ini.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 3,000 orang pengguna di seluruh dunia tidak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut seperti biasa.

Hasil penelitian di akaun rasmi Twitter Microsoft 365 Status, mereka sedia maklum dengan masalah yang dihadapi pengguna dan sedang mencari jalan penyelesaian.

”Kami menerima laporan pengguna tidak dapak mengakses Microsoft Teams dan membuka mana-mana fungsi yang ditawarkan. Kami sedang menjalankan siasatan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di Service Health Dashboard melalui TM402718.

”Setakat ini, kami mendapati bahawa isu ini berpunca daripada sambungan bermasalah ke perkhidmatan storan dalaman. Kerja-kerja untuk mengalihkan trafik ke sambungan yang berfungsi sedang dilakukan,” kata akaun berkenaan.

Dalam pada itu, Microsoft Team juga memaklumkan bahawa masalah yang sedang berlaku memberi impak kepada beberapa perkhidmatan yang diintergasi dengan Teams antaranya Microsoft Word, Office Online dan Sharepoint Online.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada perkhidmatan tersebut sudah berjaya dipulihkan. Bagaimanapun, deretan replies di akaun twitter berkenaan menunjukkan pengguna-pengguna masih berdepan dengan masalah perkhidmatan Microsoft Teams yang tergendala.

Hasil carian yang dibuat menunjukkan pengguna-pengguna yang mendakwa berdepan dengan masalah tersebut antaranya adalah dari India, Portugal, Malaysia dan Australia.

BACA: Habis RM 213,000 Untuk Kenduri, Pengantin ‘Minta’ Tetamu Bayar Yuran Kehadiran RM 500 Seorang

Sumber: Microsoft Team

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.