Siakap Keli
gunung kinabalu tertinggi
Gambar: BERNAMA

37 Buah Gunung Di Indonesia & Myanmar Lebih Tinggi, Kenapa Gunung Kinabalu Dianggap Tertinggi Di Asia Tenggara?

37 Buah Gunung Di Indonesia & Myanmar Lebih Tinggi, Kenapa Gunung Kinabalu Dianggap Tertinggi Di ASEAN?

Pada lewat tahun 1990-an, buku georgrafi Malaysia biasanya akan mengatakan bahawa Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, terbitan terkini buku-buku geografi telah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Mengapa? Tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang kontroversi timbul, maka fakta Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara ditukar kepada gunung tertinggi di Malaysia sahaja, memetik laporan The Borneo Post.

Lagi pula, dengan hanya ketinggian 4,095m, Gunung Kinabalu lebih rendah dibandingkan dengan gunung-gunung di Myanmar seperti Hkakabo Razi (5,870m), Gamlang Razi (5,870m), Dindaw Razi (5,464m), Tami Razi (5,101m), Tasudo Razi (4,841m), Madoi Razi (4,616m), Tani razi (4,580m), Phangran Razi (4,328m), Noi Madwe (4,319m), dan terakhir Phonyin Razi (4,282m).

Gunung Hkabo Razi (Gambar: Myo Min Thein)

Tambahan pula, di daerah Papua Indonesia, atau dikenali sebagai Irian Jaya, pada sebelah barat pulau New Guinea terdapat beberapa gunung yang tinggi. Seperti Puncak Jaya (4,884m), Sumantri (4,870m), Naga Pulu (4,862m), Carsten East (4,820m), Mandala-Julian Abom (4,730m), Trikora-Wilhelmina (4,730m), Ngga Pilimsit-Idenburg (4,717m), Yamin Prins Hendrik (4,540m), Cornelis Speelman (4,540m), JP Coen (4,500m), Pt 4460(4,460m), Valentijn (4,453m), Dom-Platen Spitz (4,420m), Akimuga-Prince Willem I (4,390m), Zaatoppen (4,380m), Mt Giluwe (4,367m), WilleM II (4,350m), UbiamMt Leonard Darwin (4,340m), Willem I (4,320m), Rumphius (4,320m), Pt 4260 (4,260m), Prince Willem II (4,220m), Pt 4180 (4,180m), Mt Boising-Gladstone (4,155m), Mt Sarawaget-Bangeta (4,121m), Mt Kabangama (4,104m), dan Pt 4100 (4,100m).

Kesemua gunung itu menolak Gunung Kinabalu untuk berada di tempat yang ke-38 dari segi ketinggiannya. Tetapi betulkah Gunung Kinabalu telah ditarik balik kedudukannya untuk gunung paling tinggi di Asia Tenggara? Mari kita melihat fakta-fakta seperti berikut.

Perbezaan geografi fizikal vs geopolitik

Pertama sekali, kita perlu memahami perbezaan antara geografi fizikal dan geopolitik.

Menurut Kamus Oxford geografi fizikal adalah kajian saintifik yang melihat kepada keadaan permukaan bumi, sebagai contoh gunung dan sungai, iaitu bagaimana sifat semula jadinya ‘disusun’.

Asia Tenggara (Gambar: saylordotorg

Manakala geopolitik pula mengenai bagaimana dunia terbahagi kepada negara yang berbeza, terutamanya sebagai subjek kajian. Secara ringkasnya, geografi politik atau geopolitik ialah cabang kepada geografi yang merujuk kepada pentadbiran sesebuah kerajaan, sempadan dan subdivisi sesuatu unit politik sebagai sebuah negara atau wilayah, dan keadaan-keadaan bandarnya.

Dari sudut pandang dunia geografi fizikal, secara geografinya Asia Tenggara adalah sebuah wilayah yang terletak di timur Sub-benua India, selatan China, barat New Guinea dan utara Australia.

Secara geopolitik pula, Asia Tenggara merangkumi negara-negara iaitu Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Timor Leste dan Filipina.

Berdasarkan definisi geografi fizikal, Kepulauan New Guinea sebenarnya terletak di luar dari kawasan Asia Tenggara. Walaupun Papua yang sebelum ini dikenali sebagai Irian Jaya, atau barat New Guinea merupakan kawasan dalam Indonesia, namun ia bukanlah sebahagian dari kawasan yang dimaksudkan sebagai Asia Tenggara. Sebaliknya, Kepulauan New Guinea menyertai Australia, New Zealand dan kepulauan jiran di Lautan Pasifik untuk membentuk benua Oceania.

Oleh itu, boleh dikatakan gunung-gunung yang ada di Kepulauan New Guinea terkeluar dari senarai gunung paling tinggi di Asia Tenggara dari sudut geografi fizikal.

Sementara itu, di barat laut daratan Asia Tenggara yang luas adalah sempadan utara Myanmar dengan Sub-benua India, dimana dataran mereka bergabung.

Manakala Himalaya, yang membentuk rangkaian pergunungan di Asia, adalah keadaan topografi yang unik kepada Sub-benua India dan Dataran Tinggi Tibet. Banjaran Himalaya terbentang luas dari barat ke timur merangkumi kawasan-kawasan dari Afghanistan terus ke Pakistan, India dan memasuki Nepal serta Tibet menerusi Bhutan dan berakhir di Myanmar.

Banjaran Himalaya (Gambar: Wikipedia)

Berdasarkan fakta tersebut, dapat disimpulkan kawasan-kawasan pergunungan dimana terletaknya gunung tertinggi di Myanmar terletak dikawasan Banjaran Himalaya.

Malah, artikel-artikel berkenaan Hkakabo Razi, gunung tertinggi di Myanmar dan kononnya tertinggi di Asia Tenggara, secara rutin menerangkan kedudukan gunung  tersebut adalah “terletak di utara Myanmar di negeri Kachin iaitu dalam Banjaran Himalaya”.

Jadi, mengambil kira kedudukan yang dianggap sebagai sebahagian daripada Banjaran Himalaya, maka Hkakabo Razi dan gunung-gunung tinggi yang lain di kawasan itu adalah dianggap terletak diluar dari kawasan Asia Tenggara menurut sudut pandang geografi fizikal. Kecuali, dunia sepakat menerima Banjaran Himalaya adalah sebahagian daripada Rangkaian Pergunungan Asia Tenggara.

Semestinya ada yang tidak bersetuju dengan pendapat berdasarkan geografi fizikal ini. Gunung-gunung itu secara geopolitik berada dalam Myanmar dan Indonesia, maka kawasan-kawasan itu mempunyai hak untuk diterima sebagai sebahagian daripada Asia Tenggara. Pandangan ini perlu diterima dan dinilai secara logik serta ilmiah.

Ayuh pertimbangkan fakta ini, hanya tiga peratus daratan Turkiye berada di Eropah dan selebihnya di Asia. Namun Turkiye dianggap sebagai negara Eropah, bukannya Asia. Kedudukan kecil Turkiye di Eropah telah membuka peluang untuk negara itu memasuki Kesatuan Eropah.

Pada kedudukan 4,810m, Gunung Blanc , gunung yang berkongsi sempadan negara antara Itali dan Perancis di Alps adalah gunung tertinggi di Eropah Barat. Gunung tertinggi Turkiye, Gunung Ararat (5,137m) pula terletak di kawasan sebelah Asia negara itu di Tanah Tinggi Armenian.

Gunung Ararat (Gambar: Britannica)

Sekiranya Turkiye menjadi sebahagian daripada Kesatuan Eropah, maka secara geopolitik, Turkiye adalah negara Eropah Barat. Jadi, adakah masuk akal juga untuk menganggap bahawa Gunung Ararat merupakan gunung tertinggi di Eropah Barat, mengatasi Gunung Blanc walaupun lokasi sebenar gunung tersebut terletak di tanah Asia?

Dengan melihat premis yang sama, sekiranya Gunung Ararat tidak boleh dituntut untuk menjadi gunung tertinggi di Eropah Barat walaupun Turkiye menyertai Kesatuan Eropah, maka gunung-gunung tinggi Myanmar di Himalaya dan gunung-gunung tinggi Indonesia di Kepulauan New Guinea juga tidak boleh di tuntut menjadi sebahagian daripada gunung-gunung di Asia Tenggara.

Kerana ia berada diluar dari dataran Asia Tenggara secara geografi fizikal. Berbeza dengan Gunung Kinabalu yang betul-betul berada di tengah Asia Tenggara dan Kepulauan Borneo.

Jadi adakah Gunung Kinabalu mempunyai hak untuk dianggap sebagai gunung tertinggi di Asia Tenggara? Anda ada jawapannya.

Sumber: The Borneo Post

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.