Siakap Keli
galaksi tertua
Gambar: Hindustan Times

Anggaran Usia 13.5 Bilion Tahun, Teleskop JWST Temui Galaksi Dipercayai Tertua Di Alam Semesta

Anggaran Usia 13.5 Bilion Tahun, Teleskop JWST Temui Galaksi Dipercayai Tertua Di Alam Semesta

Baharu sahaja dilancarkan, James Webb Space Telescope (JWST) telah memecah rekod apabila dilapor berjaya menemui galaksi tertua yang diperhatikan kepada hampir 100 juta tahun.

Dihalakan ke ruang angkasa dalam, JWST berjaya menemui galaksi tersebut yang dianggarkan berusia hampir 13.5 bilion tahun, yang mana penyelidik percaya ia merupakan galaksi tertua yang diketahui setakat ini.

Galaksi yang dikenali sebagai GlASS-z13  itu terbentuk kira-kira 300 juta tahun selepas letupan Big Bang  yang diteorikan berlaku 13.8 bilion tahun lalu.

Teleskop itu berjaya menangkap pandangan GLASS-z13 dengan menggunan Near Infrared Camera (NIRCam) yang mampu mengesan cahaya daripada bintang dan galaksi terawal.

Pendedahan itu telah diumumkan oleh seorang saintis, Rohan Naidu dari Harvard untuk Astrofizik di AS pada Rabu lepas. Naidu bersama 25 ahli astronomi dari seluruh dunia telah menyerahkan penemuan tersebut kepada jurnal Saintifik.

Kejayaan JWST ini sekaligus menewaskan rekod penemuan galaksi tertua yang dibuat oleh Teleskop Hubble. Pada 2016, teleskop berkenaan berjaya menemui galaksi yang dinamakan GN-Z1 yang dianggarkan berusia 13.4 bilion tahun.

Terdahulu, teleskop yang bernilai RM 44.57 bilion itu telah dilancarkan ke angkasa lepas pada 25 Disember tahun lalu.

Kata NASA ia merupakan teleskop yang terbesar dan berkuasa yang pernah dimiliki oleh mereka dan dibina dengan kerjasama dari Agensi Angkasa Eropah dan Agensi Angkasa Lepas Kanada.

Teleskop ini akan memberi maklumat berkenaan kosmos dan mendedahkan sejarah alam semesta daripada letusan Big Bang hingga berlakunya pembentukan planet asing. Ia merupakan salah satu kelengkapan terhebat NASA, iaitu instrumen angkasa yang besar termasuk Teleskop Angkasa Hubble untuk melihat kosmos lebih jauh lagi.

BACA: Pasangan Suami Isteri Ditahan Disyaki Dera Kanak-kanak Perempuan

Sumber: NewScientist, Independent

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka