Siakap Keli
kucing tak boleh tutup mulut
Gambar: Alviona R

Wanita Cemas Mulut Kucing ‘Stuck’ Tak Boleh Tutup, Ingatkan Sakit, Rupanya Sebab Menguap Lama Sangat

Rahang kucing stuck sampai tak boleh tutup mulut, ingatkan si bulus itu sakit atau bergaduh, rupa-rupanya sebab menguap lama sangat.

Setiap pencinta kucing pasti sanggup melakukan apa sahaja demi kebajikan ‘si bulusnya’. Keluar belanja yang banyak, beli makanan, luang masa bermain bersama sehinggalah ke tempat tidur, semuanya sanggup dikongsi.

Perkara ini dapat dilihat juga pada seorang pemilik kucing bernama Alviona R. Wanita itu baru-baru ini berkongsi satu hantaran dalam group Facebook Keluh Basah Lele Berulah v3 mengenai peristiwa cemas kucingnya sendiri.

Percaya atau tidak, kucing Alviona yang asalnya comel dan montel tiba-tiba tidak mampu menutup rahangnya kembali. Pendek kata, mulut si bulus itu ternganga tanpa henti untuk satu tempoh seketika hingga membuatkan Alviona cemas.

Berdasarkan perkongasian itu, kisahnya bermula ketika dia terjaga pada lewat malam. Pada masa itu juga, kucing di sebelahnya juga turut terjaga dan mengikutinya untuk mengambil minuman di dapur.

Gambar: Alviona R

Ketika itu, dia melihat kucingnya asyik ternganga. Dia cuba untuk menutup mulut kucingnya tetapi tidak menunjukkan apa-apa hasil. Melihat mulutnya gagal ditutup, Alviona R menjadi panik dan terus membawa kucingnya ke jabatan kecemasan sambil bercucuran air mata.

Setelah sampai ke sana, doktor haiwan pada awalnya menyangka kucing itu bergaduh dengan kucing lain ataupun terjatuh. Namun begitu, Alviona yakin kucingnya itu langsung tidak ke mana-mana dan hanya tidur sejak tengah hari. Akhirnya si bulus itu dimasukkan ke wad bagi menjalani pembedahan membetulkan kembali rahangnya.

Pada keesokan harinya, Alviona dihubungi oleh pihak hospital untuk mengambil kucingnya kembali. Dia diberitahu bahawa rahang kucingnya sudah elok kembali serta mampu makan dan minum seperti sediakala.

Ketika mahu membawanya pulang, doktor memberitahu bahawa keadaan rahang kucingnya yang gagal ditutup sebelum itu bukanlah disebabkan oleh pergaduhan bersama kucing-kucing lain ataupun terjatuh.

Gambar: Alviona R

Sebaliknya, kucingnya tidak berhenti ternganga adalah disebabkan si bulus itu menguap seluas-luasnya sehingga tidak mampu menutup mulutnya kembali. Malangnya, kepuasan menguap sepuas-puasnya itu nampaknya tidak kekal lama.

Apabila mendengar penjelasan itu, Alviona berasa sedih tetapi pada masa yang sama, dia sendiri tergelak kerana perkara itu agak kelakar. Dalam perkongsian itu juga, dua turut berkongsi bil rawatan yang perlu dibayar adalah berjumlah RM141.

Demikianlah kasih sayang seorang pencinta kucing seperti Alviona yang memang tidak dapat disangkal lagi. Panik dan cemas pada awalnya sampai terus ke hospital segera. Rupa-rupanya si bulus hanyalah menguap lama sangat.

Kita ingat kucing Oyen sahaja yang banyak buat hal, rupanya warna lain pun lebih kurang sama.

Keratan hantaran di Facebook

Sumber: Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.