Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini sedang dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU).
Perkara berkenaan dikongsikan melalui satu hantaran di laman facebook rasminya hari ini. Keadaan beliau pada ketika ini sangat sensitif terhadap persekitaran luar.
Pihak hospital juta dilapor mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan jumlah pelawat telah dihadkan.
“Bagi pihak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ke atas doa yang tidak putus-putus dari teman-teman dan seluruh rakyat Malaysia demi kesembuhan Tan Sri.
“Untuk makluman semua, Tan Sri kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
”Kami dan pihak keluarga menerima banyak permohonan dari teman-teman rapat Ybhg TSri untuk berziarah bagi memberi kata-kata semangat dan sokongan. Kami amat menghargai hasrat dan niat teman-teman sekalian,” jelas kenyataan Facebook itu.
Pihak keluarga berterima kasih dengan ucapan kata-kata semangat dan sokongan. Mereka juga sangat menghargai hasrat dan niat teman-teman yang ingin menziarah.
Namun begitu, dengan situasi semasa Tan Sri Khalid Ibrahim, keluarganya bagaimanapun terpaksa menolak sebarang kunjungan atau ziarah termasuk dari teman rapatnya.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=589116982582458&id=100044524846876
“Pada masa yang sama, pihak keluarga juga memohon agar diberikan ruang kepada mereka ketika berhadapan dengan situasi begini. Marilah sama-sama kita berdoa agar kesihatan Tan Sri pulih seperti sediakala dan keluarga diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi di dalam menghadapi ujian besar ini.
“Sekali lagi Admin memohon kemaafan dan menyatakan penghargaan tidak terhingga di atas keperihatinan seluruh rakyat Malaysia kepada pemimpin kesayangan kita ini. Terima kasih,” jelas kenyataan itu lagi.
Beliau telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 30 April lali berikutan berlaku jangkitan kuman dan berada dalam keadaan stabil.
Sumber: Fb Abdul Khalid Ibrahim
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%