Siakap Keli
Cuaca panas melampau
Gambar via CNN

Cuaca Panas Melampau, London Balut Jambatan Guna Aluminium Foil, Pantul Semula Cahaya

Dunia kini dilanda fenomena cuaca panas melampau hingga ada jalan raya dan bumbung di beberapa buah negara dilaporkan sedang mencair. 

Gelombang panas yang mampu membawa kepada kematian pada minggu lalu telah mencetuskan kejadian infrastruktur pelik di seluruh dunia. Ia juga dikatakan berkait dengan dunia yang semakin dimamah usia. 

Dalam pada itu, jalan raya, jambatan, landasan kereta api dan juga bangunan-bangunan yang berdiri gah dikatakan tidak bersedia untuk hadapi keadaan cuaca seperti itu hingga ada yang dilaporkan mencair seolah-olah air yang mengalir. Jadi, betapa teruk cuaca panas ini? 

Landasan di lapangan terbang London cair

Gambar via CNN

Memetik CNN, United Kingdom telah mencatatkan hari paling panas pada Selasa apabila suhu mencecah hingga 40 darjah celsius (104 Fahrenheit). 

Difahamkan, disebabkan cuaca yang sangat panas telah menyebabkan landasan di Lapangan Terbang London Luton di Pinggir ibu kota terpaksa ditutup kerana dipercayai kerana ia cair akibat suhu yang terlalu tinggi. 

“Penerbangan telah ditangguhkan untuk sementara waktu untuk kerja-kerja baik pulih landasan selepas suhu tinggi telah menyebabkan sebahagian kecil tertanggal dari landasan,” jelas wakil dari lapangan terbang itu pada Isnin, lapor CNN. 

Menurut Kolej Kejuruteraan Universiti Negeri Pennsylvania, haba yang terlalu tinggi boleh menyebabkan beberapa bahan menjadi kembang dan retak termasuklah konkrit, asfalt yang terdapat di landasan dan jalan raya. 

Bumbung muzium cair di China

Gambar via CNN

Selain itu, keadaan cuaca yang panas juga turut melanda sebahagian daripada China hingga menjejaskan lebih dari 900 juta orang atau lebih kurang 64% daripada populasi negara itu. 

Hampir semua kecuali dua wilayah timur laut di China telah mengeluarkan amaran suhu tinggi dan 84 bandar telah mengeluarkan amaran merah peringkat tertinggi pada minggu lalu. 

Menurut CNN, di bandar Chongqing yang juga berada dalam zon amaran merah melaporkan bumbung di Muzium Peninggalan Budaya Kota Larangan telah mencair. Haba yang telah melarutkan tar di bawahnya telah menyebabkan jubin tradisional Cina itu tertanggal. 

London balut jambatan dengan aluminium foil

Gambar via CNN

Jambatan Hammersmith di London dibina pada tahun 1887 tekah dilaporkan tutup kepada semua pengguna pada Ogos 2020 kerana keretakan yang berlaku pada alas selepas berlakunya gelombang haba. 

Menurut CNN, Jambatan Hammersmith di London kini dilihat dibalut dengan aluminium foil sekelilingnya kerana gelombang haba. Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa aluminium foil kerana ia akan lebih banyak menyerap haba. 

Difahamkan, ia merupakan salah satu sistem penyejukan yang direka untuk memantulkan cahaya matahari dan mengekalkan jambatan pada suhu sederhana supaya bahannya tidak mengembang dan retak. 

“Jurutera bekerja sepanjang masa bagi memastikan Jambatan Hammersmith yang telah berusia 135 tahun akan dibuka semasa musim panas yang melampau,” lapor satu kenyataan berita dari Majlis Hammersmith dan Fulham. 

Mereka juga telah mengupah jurutera bertaraf dunia untuk menutup jambatan itu dengan sistem kawalan suhu. 

“RM2.2 juta telah dibelanjakan untuk memastikan jambatan berada pada tahap suhu yang selamat dan mengurangkan sebarang tekanan pada alas. 

“Ia bertindak sebagai unit penghawa dingin gergasi pada setiap empat rantai alas,” jelas mereka, lapor CNN. 

Jambatan tersebut terpaksa ditutup pada Ogos 2020 disebabkan gelombang haba yang telah menyebabkan mikro pada alas besi tuangnya patah. 

Landasan kereta api dicat dengan warna putih

Gambar via CNN

Dalam pada itu, landasan kereta api turut hangus semasa gelombang panas ini berlaku sehingga mereka terpaksa cat landasan dengan warna putih di London. 

“Suhu rel di sini melebihi 48 darjah celsius (118 darjah Fahrenheit) jadi kami mengecat rel dengan warna putih untuk mengelakkan daripada menjadi lebih panas,” lapor Rangkaian Rel UK menerusi laman Twitter milik mereka pada Isnin. 

Difahamkan, agensi tersebut yang mengawal selia infrastruktur kereta api di UK. 

Dengan cat rel menggunakan warna putih, ia akan menyerap sedikit haba dan akan kurang mengembang. Hal ini juga kan mengurangkan kadar kelewatan kereta api semasa cuaca panas, lapor agensi tersebut. 

BACA: Tular Rakaman Usung Kepala Tepi Jalan, Lelaki Didakwa Penggal Kepala Isteri Disyaki Curang

BACA JUGA: Obses Nak Ramping, Wanita Hilang 40 Kg Amal Diet Ekstrem Sampai Gugur Rambut

Sumber: CNN

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.