Siakap Keli
penggal kepala isteri
Gambar via India Today

Tular Rakaman Usung Kepala Tepi Jalan, Lelaki Didakwa Penggal Kepala Isteri Disyaki Curang

Tular Rakaman Usung Kepala Tepi Jalan, Lelaki Didakwa Penggal Kepala Isteri Disyaki Curang

Seorang lelaki berusia 55 tahun didakwa memenggal kepala isteri sendiri selepas mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Memetik India Today, tertuduh kemudian berjalan lebih kurang 12 kilometer menuju ke balai polis terdekat dengan kepala yang telah terpisah dari badan mangsa setelah semalaman dia penggal kepala isteri pada Khamis. 

Menurut laporan, tertuduh yang merupakan suami kepada mangsa telah mengesyaki isterinya telah berlaku curang dan sering kali bertengkar dengannya. Dalam keadaan marah, dia memenggal kepala mangsa menggunakan senjata tajam pada Khamis. 

Keesokan paginya, tertuduh tiba di balai polis Gondia dengan kepala isterinya yang telah dipenggal untuk menyerah diri. 

Difahamkan, seluruh penduduk diselubungi perasaan ngeri dan panik apabila melihat tertuduh yang berjalan sambil membawa kepala isterinya yang dipenggal menuju ke balai polis. 

Penduduk kampung kemudiannya menangkap tertuduh dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Susulan itu, siasatan lanjut yang dilakukan polis juga menemukan senjata yang masih berlumuran darah dipercayai yang digunakan oleh tertuduh dalam jenayah itu. 

Menurut laporan pihak polis, mangsa yang maut itu meninggalkan dua anak lelaki dan salah seorang daripadanya sudah pun mendirikan rumah tangga. 

BACA: Polis Mekah Tahan Warga Tempatan Bantu Wartawan Bukan Islam Masuk Ke Tanah Suci

BACA JUGA: Suhu Maksimum 51°C, Kuwait Dilapor Berdepan Cuaca Panas Melampau

Sumber: India Today

Faiz Mustafa