Siakap Keli

Suhu Maksimum 51°C, Kuwait Dilapor Berdepan Cuaca Panas Melampau

Suhu Maksimum 51°C, Kuwait Dilapor Berdepan Cuaca Panas Melampau

Negara Kuwait berdepan cuaca panas yang melampau dengan mencatatkan suhu maksimum 51 darjah celsius. Keadaan dilapor menjadi lebih teruk pada siang hari apabila cuaca panas dan lembab, terutamanya di kawasan pantai yang banyak habuk berterbangan.

Pada sebelah malamnya pula keadaan masih lagi panas di kawasan pantai yang boleh menyebabkan berlakunya pembentukkan kabus di beberapa kawasan tertentu.

Keadaan suhu panas ini berlaku hampir diseluruh dunia. Terdapat juga beberapa negara telah mengalami kebakaran hutan dan mengakibatkan beberapa kes kematian dicatat. Kebakaran hutan Perancis dan Sepanyol telah menyaksikan hampir sebahagian kawasan di Eropah hampir lumpuh.

Di Portugal, Greece, Turkiye dan Croatia juga berdepan dengan kebakaran hutan akibat cuaca panas. Angka korban setakat ini dianggarkan seramai lebih daripada 1,000 orang.

Amaran pemanasan global telah diberikan kepada orang ramai di seluruh dunia

Saintis sekian lama mengingatkan pemimpin-pemimpin dunia bahawa situasi yang melanda ketika ini berpunca daripada perubahan iklim. Malah di UK, Agensi Meteorologinya berkata, perubahan iklim yang berlaku menyebabkan situasi cuaca panas berkali ganda menjadi lebih teruk.

Orang awam juga diberikan amaran bahawa gelombang haba yang melanda dunia boleh mengancam nyawa dan berisiko memberi ancaman penyakit walaupun anda secara relatifnya adalah seorang yang sihat.

Malah, orang ramai perlu ingat, cuaca dunia hanya meningkat lebih sikit 1 darjah celcius sahaja dan itu berlaku sebelum banyak bahagian dunia ini menjadi kawasan industri.

1 darjah celcius bunyinya macam sedikit sahaja kan? Tetapi dunia hari ini sedang melalui tempoh paling panas dalam tempoh 125,000 tahun, menurut Panel Perubahan Iklim Antarakerajaan (IPCC), agensi di bawah PBB yang memantau perubahan iklum diperingkat global.

Puncanya semua orang tahu. Pelepasan gas rumah hijau yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil, seperti arang batu, minyak dan gas telah memerangkap haba di atmosfera kita. Ianya telah mendorong tahap karbon dioksida di atmosfera ke paras tertinggi dan telah terkumpul selama 2 juta tahun, menurut IPCC.

Langkah keselamatan harus diambil oleh semua pihak bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan yang lebih memudaratkan. Perbanyakkan meminum air putih kosong bagi mengekalkan kandungan air dalam badan dan tidak menyebabkan dehidrasi.

Sentiasa jaga diri dan elak membuat aktiviti luar yang mendedahkan anda kepada sinaran cahaya matahari terlalu lama.

Sumber: BBC News,Kuwait City News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka