Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jari Lelaki Putus, Cuba Cabut Mata Kail Lekat Di Mulut Ikan Jerung

Faiz Mustafa
Jari lelaki putus

Jari lelaki dilaporkan putus akibat digigit oleh seekor jerung yang dipancing ketika cuba untuk cabut mata kail pada rahang pemangsa akuatik itu.

Seorang nelayan di Florida, Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan keadaan yang mengerikan selepas jari kelingkingnya dilaporkan putus digigit ikan jerung semasa dia cuba untuk cabut mata kail pada ikan tersebut.

Memetik laporan akhbar New York, rakaman video yang memaparkan situasi ngeri itu di laman media sosial TikTok telah mencapai hingga 11 juta tontonan.

“Saya lelaki yang hilang jari akibat digigit jerung. Kami menangkap jerung terakhir pada hari itu dan saya perlukan mata kail saya semula, ketika saya cuba untuk mendapatkan semula jari saya digigit oleh jerung tersebut,” jelasnya, lapor New York Post.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika Brett Reeder melakukan aktiviti memancing ikan jerung bersama ahli keluarga lain di Pulau Content Keys, berada pada jarak beberapa kilometer sahaja dari selatan Miami.

Menerusi video tersebut, kelihatan dia cuba untuk kawal haiwan pemangsa itu dari atas bot dan dilihat oleh ahli keluarganya. Nasib malang menimpa apabila dengan secara tiba-tiba jerung tersebut menggigit jarinya menyebabkan mereka yang berada di atas bot ketika itu menjerit ketakutan.

Menurut New York Post, Reeder turut menjerit kerana kesakitan sambil memegang tangannya yang hanya tinggal empat jari sahaj ketika itu dan dapat dilihat juga darah yang terpercik di atas bot.

Sebelum dia dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan dan pembedahan menyambung semula jarinya, isterinya sempat menggunakan tourniquet (alat penyekat salur darah) pada jarinya ketika mereka tiba di pantai.

BACA: Demonstrasi #TURUN Dilapor Berlangsung Di KL Sebentar Tadi

BACA JUGA: Cuaca Panas Melampau, London Balut Jambatan Guna Aluminium Foil, Pantul Semula Cahaya

Sumber: New York Post