Siakap Keli
Aib Perceraian Dijadikan 'Content' TikTok
Gambar: Deccan Herald

Berang Aib Perceraian Dijadikan ‘Content’ TikTok, Lelaki Tergamak Tembak Isteri Hingga Mati

Berang Aib Perceraian Dijadikan ‘Content’ TikTok, Lelaki Tergamak Tembak Isteri Hingga Mati

CHICAGO – Seorang wanita maut ditembak oleh bekas suaminya selepas mendedahkan aib perceraian mereka secara terbuka di media sosial TikTok, lapor Mirror UK.

Suspek yang tinggal di kawasan Georgia, telah pergi ke rumah mangsa iaitu bekas isterinya di Near North Side pada Isnin lalu dengan niat ingin membunuh selepas melihat video pendedahan penceraian mereka yang dibuat mangsa di TikTok tersebut sebelum bertindak membunuh dirinya sendiri.

Pihak polis tiba di lokasi kejadian sekitar jam 4.30 petang selepas pihak mereka menerima laporan mengenai kehilangan suspek dari keluarganya di mana mereka telah melaporkan suspek telah hilang dari pinggir Atlanta tempat dia tinggal.

Namun, sebaik sahaja pihak polis tiba di apartment mangsa, suspek telah bertindak menembak dirinya sendiri. Seorang pegawai memberitahu, suspek dan isterinya sebenarnya sedang menjalani proses perceraian.

Walau bagaimanapun, dua rakan mangsa pula menyatakan bahawa perceraian mereka telah dimuktamadkan dua bulan yang lalu.

Menurut laporan, anggota polis telah menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Mayat mangsa dijumpai berdekatan dengan pintu kediaman dengan adanya luka di bahagian belakang kepala dan kesan darah kering pada wajahnya.

Pihak polis juga telah menjumpai mayat suspek di dalam bilik tidur di rumah mangsa dengan kesan tembakan di kepala serta terdapat sepucuk pistol di tangannya dan nota bunuh diri.

Kejadian ini berlaku dipercayai berpunca dari video yang dimuat naik mangsa di laman media sosial TikTok di mana mangsa secara terbuka menceritakan mengenai penceraiannya dengan suspek.

Video yang dimuat naik mangsa berbunyi, “memang menyakitkan untuk meninggalkan seseorang yang pernah anda cintai. Tetapi lebih menyakitkan untuk mencintai seseorang yang tidak menjaga hati anda,” kata mangsa dalam video tersebut.

Sumber: Mirror UK

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.