Disyaki tidak cekap mengendalikan pemanduan, sebuah kereta terlajak ke arah longkang hingga remuk bumper ketika kelas lesen memandu dijalankan.
Setiap orang pasti pernah melalui pengalaman pahit manis dalam menjalani ujian memandu, misalnya terlanggar longkang ketika proses belajar. Pelbagai gelagat dan karenah mencuit hati yang boleh disaksikan.
Bagi orang awam yang belum mempunyai lesen memandu, mereka perlu menghadiri sesi pembelajaran memandu di Pusat Akademi Memandu.
Di akademi, mereka akan diajar dari segi amali mahupun teori iaitu pembelajaran mengenai undang-undang jalan raya dan juga latihan memandu mengikut jenis lesen yang diambil.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang pelajar di sebuah akademi memandu kereta secara tidak sengaja ‘terlajak’ masuk ke dalam longkang kecil ketika sesi pembelajaran.
Video itu telah dimuat naik di plaftorm media sosial, TikTok oleh irfnhkim9 yang memaparkan kejadian itu.
Dalam perkongsian itu, pemilik video berkata pada bahagian kapsyen dengan kenyataan berbunyi,
“Lain kali cikgu-cikgu jangan bagi student bawak sendiri kalau tak cekap lagi aih,” katanya dengan nada berseloroh disusuli ’emoji’ gelak.
@irfuans Lain kali cikgu2 jangan bagi student bawak sendiri kalau tak cekap lagi aihhh 🤣#foryoupage #eksidenn#latihanmemandu#alorsetar
Berdasarkan video keadaan sebuah kereta yang dinaiki pelajar terbabit remuk di bahagian bumper hadapan ekoran ‘terlajak’ masuk ke longkang.
Difahamkan, pemilik video berkenaan menjelaskan bahawa orang yang terlibat dalam video itu tiada kena mengena dengan kejadian yang berlaku.
Sementara itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi seperti pengalaman sewaktu belajar terdahulu.
“Saya pun dilepaskan bawak sorang, hasilnya naik divider. Benda dah naik, saya enjoy jela,” kata nurin.
“Taubat dia trauma terus,” jelas c0ffeel4tte.
“Aku masa amek lesen aku amik auto. First time aku berjaya gerakkan kereta, kagum wei padahal tak tekan minyak tapi gelabah ui sampai aku cakap kat,” komen Chacha.
“Takpa, hampa tak sendirian. Ramai ja macam. Paling rare aku tengok part naik bukit laju gila, macam terbang,” ujar Mustaqim Khalil.
Video itu telah mendapat lebih 990,000 tontonan dan 77,000 tanda ‘suka’ di media sosial berkenaan setakat artikel ini ditulis.
Sumber: TikTok irfnhkim9