Hanya Kerana Tertumpah Gula, Wanita Tergamak Bunuh & Buang Mayat Anak Dalam Hutan
KUPANG, INDONESIA – Seorang ibu tergamak membunuh anaknya yang berusia dua tahun dengan mencekiknya sehingga mati lalu membuang mayatnya di dalam hutan disebabkan marah dengan tindakan anaknya menumpahkan gula, lapor Kompas.com.
Penyiasat Unit Penjenayah dan Siasatan Polis Pusat Peranginan Rote Ndao, Nusa Tenggara Timur (NTT), mendedahkan kematian seorang budak lelaki berusia dua tahun ditemui mati di dalam hutan dipercayai telah dibuang di situ secara sengaja.
Ketua Penyiasat Hubungan Masyarakat, Polres Rote Ndao Aiptu Anam Nurcahyo mengatakan kanak-kanak itu dibunuh oleh ibu kandungnya sendiri pada hari Jumaat 15 Julai lalu. Anam berkata, punca wanita itu membunuh anaknya adalah kerana merasa geram dan marah dengan perbuatan mangsa.
Beliau memberitahu, “suspek yang berusia 42 tahun itu marah kerana mangsa telah menumpahkan gula ketika dia sedang membuat teh,” katanya.
Wanita itu turut bertindak luar kawalan dengan menekup mulut dan mencekik anaknya sehingga mati.
Panik dan takut jiran dan keluarganya akan mengetahui jenayah itu, suspek kemudiannya membawa mayat anaknya ke dalam hutan yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya untuk dibuang.
Menurut laporan juga, pada mulanya wanita itu telah melaporkan kehilangan anaknya kepada pihak polis Rote Barat 16 Julai 2022 yang lalu.
Selepas menerima laporan itu, pihak polis kemudian menghebahkan informasi untuk mencari orang hilang. Sejurus selepas mayat mangsa ditemui, pihak polis yang diketuai oleh Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Rote Ndao, Iptu Yeni Setiono, bertindak menyiasat saksi dan menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Kemudian, hasil siasatan polis mendapati mangsa telah dibunuh oleh ibunya sendiri. Suspek turut mengakui segala perbuatannya ketika diperiksa penyiasat Unit Siasatan Jenayah Polis Rote Ndao. Kini, suspek telah ditahan selepas disoal siasat oleh penyiasat Satreskrim Polres Rote Ndao.
Sumber: Kompas.com
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%