Siakap Keli
pemancing jumpa potongan badan manusia
Gambar: Kumparan via Google

Tak Dapat Ikan, Pemancing Terkejut Jumpa Potongan Badan Manusia

Seorang pemancing terkejut selepas jumpa potongan badan manusia ketika sedang memancing berhampiran semak samun dalam kejadian di Jawa Tengah baru-baru ini, lapor TribunJabar.id.

Menurut pemancing yang dikenali sebagai Dedi itu, dia menjumpai dua potongan tangan manusia di sekitar semak-samun berhampiran jambatan Jalan Nakula, dekat bangunan Al Aqsho di wilayah Semarang.

Sementara itu, seorang saksi tempatan, Paryanti, 47, berkata, selain potongan tangan, beberapa organ dalaman badan lain dipercayai dari bahagian perut manusia termasuk cebisan daging serta tulang juga turut ditemui.

“Terkejut dua tangan dijumpai,” katanya kepada pemberita Tribunjateng.com (menerusi laporan TribunJabar) sambil menghulurkan kedua-dua tangan.

Tambah Paryanti, penduduk berhampiran yang terkejut dengan berita penemuan potongan badan tersebut terus melaporkannya kepada ketua kampung dan yang lain-lain.

Ekoran itu, Ketua Polis Semarang, AKBP Yovan Fatika dan pasukan polis Semarang tiba di lokasi kejadian.

Hingga siang tadi, masih terdapat sejumlah penduduk tempatan yang ingin melihat kawasan kejadian.

Bagaimanapun, pihak polis telah memasang tali keselamatan mengelilingi sekitar jambatan tepi sungai berkenaan.

Mayat separuh badan ditemui

Imbas kembali sekitar 2020 dahulu, turut pernah berlaku satu kejadian hampir serupa melibakan penemuan mayat seorang lelaki di Sabah.

Memetik laporan terdahulu, mayat seorang lelaki  ditemui separuh badan tanpa kedua belah kaki dan tangan dipercayai dibaham buaya di Sungai Kaumpang Tawau.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Tawau Sharudy Delamin ketika dihubungi pemberita berkata, mangsa dikenali sebagai Binyojinnul Umur, 36 tahun ditemukan kira-kira jam 10.20 pagi hari kejadian.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang pada petang sehari sebelum hari kejadian ketika sedang memancing di sungai berkenaan.

Kemudiannya, mayat mangsa ditemukan di muara anak sungai berkenaan kira-kira 600 meter dari lokasi dia dikatakan hilang.

Mayat mangsa terus diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: TribunJabar.id

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.