Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Penduduk Gempar Temui Potongan Badan Bayi Sedang ‘Direbut’ Anjing

Gempar di Indonesia apabila dua orang warga Kabupaten Takalar, Sulawesi Selatan menemukan potongan badan bayi di dua tempat berbeza.

Awalnya seorang warga di Dusun Jene, Desa Lagaruda menemukan potongan tubuh bayi iaitu kaki dan tangan.

Penemuan pertama ini terjadi pada jam 2.30 waktu Indonesia di sekitar pesisir pantai.

“Penduduk terkejut kenapa ada potongan kaki jadi kami terus melaporkan pada pihak polis,” kata seorang penduduk.

Di tempat penemuan pertama itu, polis menemukan potongan tubuh iaitu dua kaki bayi, tangan kiri, plasenta dan kasut berwarna putih.

Kemudian, di hari yang sama sekitar dua jam setengah dari penemuan pertama, penduduk lain juga menemukan potongan tubuh bayi.

Potongan itu ditemukan oleh seorang penduduk di halaman rumahnya yang berjarak 200 meter dari lokasi pertama.

Mengejutkan, potongan tubuh itu sedang direbut oleh anjing. Dari lokasi kedua, polis menemukan kepala dan limpa.

Penemuan tersebut kemudian dibawa ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Padjonga Daeng Ngalle untuk dibedah siasat.

Hingga saat ini polis masih mencari potongan tubuh lain seperti badan dan tangan kanan.

Ketua polis Takalar AKBP Budi Wahyono mengesyaki bahawa bayi itu sengaja dibuang.

“Memang benar telah terjadi penemuan potongan tubuh bayi di dua lokasi yang berbeza. Motif mahupun pelaku masih lagi dalam siasatan dan polis mengesyaki bahawa bayi tersebut sengaja dibuang untuk menutup aib,” katanya.

Polis masih menyiasat dan mencari pelaku pembuangan bayi.

Sumber: Kompas.com

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa