Cemas, Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun Semasa Perlawanan
MOSCOW – Seorang kanak-kanak berumur 7 tahun berdepan detik cemas apabila sebuah robot pemain catur menggenggam dan mematahkan jarinya semasa perlawanan Terbuka Moscow minggu lalu, lapor Independent.
“Robot itu telah mematahkan jari kanak-kanak berusia 7 tahun,” ujar Sergey Lazarey selaku presiden Persekutuan Catur Moscow.
Beliau turut mezahirkan rasa kecewa dan memberitahu media tempatan bahawa robot pemian catur itu telah memainkan banyak perlawanan di pelbagai pameran sebelum ini tanpa sebarang ralat.
Video kejadian yang memaparkan detik jari kanak-kanak lelaki itu digenggam kuat oleh robot turut dikongsikan di beberapa platform media sosial.
Robot pemain catur itu dilaporkan telah menggenggam jari kanak-kanak itu dengan kuat selama beberapa saat.
Ekoran itu, kanak-kanak tersebut kelihatan tidak selesa akibat berasa sakit sebelum seorang wanita dan tiga orang lelaki meluru membebaskan jarinya daripada cengkaman robot.
“Robot itu dikatakan menggenggam jari kanak-kanak tersebut sejurus dia mengambil salah satu kepingan catur.
“Hal ini kerana kanak-kanak itu bergerak pantas tanpa menunggu robot pemain selesai mengalihkan kepingan catur,” ujar Sergey Smagin selaku naib presiden Persekutuan Catur Rusia.
Jesusβ¦ A robot broke kidβs finger at Chess Tournament in Moscow @elonmusk @MagnusCarlsen
There is no violence in chess, they said.
Come and play, they said. https://t.co/W7sgnxAFCi pic.twitter.com/OVBGCv2R9H
— πππππ Έπ °π ½ π Όπ °ππ Ίπ ΄π (@russian_market) July 21, 2022
βTerdapat peraturan keselamatan tertentu dan kanak-kanak itu, nampaknya, melanggarnya. Apabila dia bergerak, dia tidak sedar dia terpaksa menunggu dahulu,β kata Encik Smagin.
“Ini adalah kes yang sangat jarang berlaku, rasanya ini yang pertama,” tambahnya.
Encik Lazarev, juga berkata budak lelaki itu tergesa-gesa bergerak sebelum robot itu menangkapnya.
Budak itu dikenali sebagai Christopher dan merupakan salah seorang daripada 30 pemain catur terbaik di ibu negara Rusia dalam kategori bawah sembilan tahun.
“Orang ramai bergegas membantu dan menarik jari pemain muda itu, namun tidak dapat mengelakkan kejadian tulang patah,” katanya.
Encik Lazarev memberitahu bahawa jari Christopher dimasukkan ke dalam plaster cast dan dia kelihatan tidak terlalu trauma ekoran insiden tersebut.
Kanak-kanak itu dilaporkan bermain pada keesokan harinya dan berjaya menamatkan kejohanan.
Walau bagaimanapun, ibu bapanya dilaporkan telah menghubungi pejabat pendakwa raya.
“Kami akan berhubung untuk memikirkannya dan cuba membantu dalam apa jua cara yang kami boleh,” katanya.
Encik Smagin memberitahu bahawa kejadian itu adalah kebetulan dan robot itu benar-benar selamat digunakan.
Mesin itu dikatakan sudah bermain tiga perlawanan pada hari ia bertemu Christopher.
βIa telah beraksi di banyak pembukaan. Nampaknya, kanak-kanak perlu diberi amaran. Kejadian ngeri bila-bila boleh berlaku.β
Seorang grandmaster Rusia, Sergey Karjakin, berkata insiden itu tidak syak lagi disebabkan oleh ralat perisian.
“Kejadian sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya doakan budak lelaki itu sihat,β ujarnya.
Sumber: Independent.co.uk