“Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pantai mana yang tak dihempas ombak, rumah tangga pun ada masanya bergelora.
Seperti yang ramai ketahui, rumah tangga yang dibina pasti ada pasang surutnya. Tidak ada rumah tangga yang tiada masalah. Kadang kala, soal kebersihan yang kecil pun boleh bertukar menjadi masalah besar.
Seperti yang terjadi dalam kisah seorang isteri yang mengadu berkenaan perangai suaminya yang tidak kisah berkenaan kekemasan dan kebersihan rumah ini.
“Aku ada dua anak, tapi rasa macam ada tiga budak kat rumah ni..”
Daripada masak, hidang, basuh pinggan, semua aku yang buat. Tengah masak, anak menangis. Akulah yang kena berlari-lari ke depan pujuk anak. Sambil dukung si adik sambil masak. Suami aku? Main game sampai lewat malam, esoknya tengah hari baru bangun, tanya sarapan pukul 2 petang.
Bab kekemasan rumah. Aku tak tahulah aku ni yang OCD atau dia yang pemalas. Macam mana anak sepahkan, macam tu lah dia biar. Bila tegur sikit, mulalah keluar ayat “Masa bujang dulu takde sapa bebel. Mak ayah saya pun tak pernah kisah bilik saya dulu. Awak ni yang cerewet.”
Kalau dah mainan sepah pun dia tak kisah, habuk-habuk kat tingkap lagilah tak diendah. Aku dan anak-anak ada alergi. Nak taknak memang aku akan vakum setiap 3 hari sebab rumah ni cepat je berhabuk. Mungkin sebab dekat dengan jalan raya sama..
Kalau susu anak tumpah, dia boleh biar je buat tak nampak. Kalau aku tak capai kain & lap, sampai ke esoknya lah kering dan masam kat situ. Kalau rajin dia letakkan kain buruk, tapi lepastu biar lah kain kering & mengeras kat atas lantai tu.
Kadang penat dan rasa nak lari dari semuanya. Tapi tanggungjawab makin bertambah, masa dan tenaga makin berkurang.
Rata-rata netizen yang membaca luahan si isteri itu ‘bengang’ dan terkilan dengan perangai suami wanita berkenaan. Ada juga yang turut bersimpati dengan nasib wanita itu.
Hasil carian, kami dapati vakum jenis floor washer yang disarankan itu mendapat rating yang baik di Shopee.
Boleh vakum & mop sekaligus, tak tinggal kesan lekit
Dengan teknologi canggih yang wujud pada masa kini seperti Floor Washer ini, anda bukan sahaja boleh menggunakannya untuk vakum, Floor Washer ini juga dapat berfungsi seperti mop dan mampu untuk membersihkan kotoran di rumah anda.
Vakum ini hadir dengan dua mode canggih iaitu normal cleaning mode dan deep cleaning mode yang akan banyak memudahkan kerja anda.
Untuk normal cleaning mode, anda boleh menggunakan vakum secara kering untuk menyedut habuk dan sampah.
Bertukar kepada deep cleaning mode, untuk menggunakan fungsi yang dapat mengeluarkan air, mop dan vakum secara serentak. Fungsi ini boleh memudahkan anda untuk membersihkan kotoran degil terutamanya melibatkan kotoran basah di lantai.
Bagi fungsi smart feature pula, vakum ini mampu untuk membersihkan dirinya sendiri. Sangat sesuai untuk golongan yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa.
Tak hanya membersihkan habuk, vakum ini juga mampu untuk membersihkan kotoran atau sampah seperti bijirin, mi segera, bubur dan telur.
Mi segera yang disedut
Jadi tak kiralah susu, kopi mahupun bubur tumpah di atas lantai, anda boleh bersihkannya menggunakan vakum ini sahaja tanpa tinggalkan kesan lekit.
Dwi-tangki air untuk bersihkan secara berkesan
Dengan adanya dua tangki air berasingan untuk air kotor dan bersih, pencemaran silang air boleh dielakkan.
Tangki air bersih (600ml) manakala tangki air kotor pula (550ml). Tumpahan air tadi akan disedut ke dalam tangki kotor manakala air bersih akan disembur untuk membersihkan lantai. Jadi anda tidak perlu lagi membawa baldi atau perah mop setiap kali ia kotor.
Beli vakum, percuma air fryer
Buat anda yang berminat untuk membeli vakum Floor Washer ini, ada berita baik untuk anda. Kalau anda beli vakum ini sekarang, anda akan ditawarkan dengan hadiah percuma berupa Air Fryer tau. Anda juga boleh dapatkan diskaun RM50 dengan kod baucar ini, MMXMSK50 serta penghantaran percuma.
Menarik kan? Nak beli dekat mana? Dapatkan vakum Floor Washer 2-in-1 ini dekat Shopee di sini.
Untuk pasangan suami isteri, ingatlah bahawa tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Pun begitu, kuncinya bila ada sahaja masalah, suami isteri ini umpama satu pasukan. Bukan bermusuh antara satu sama lain. Justeru kalau ada apa-apa masalah, duduklah berbincang dan cari jalan penyelesaiannya bersama.
Jika ada teknologi boleh mudahkan hidup, jimatkan tenaga dan kurangkan penat sekaligus elakkan salah faham dengan pasangan, tak salah kita manfaatkannya.
Kunjungi Facebook MMX untuk tahu lebih banyak tawaran dan promosi yang ditawarkan.