Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Lelaki Terkejut, Temui Tong ‘Misteri’ Berisi 248 Janin Yang Diawetkan Dalam Hutan

Lelaki Terkejut, Temui Tong ‘Misteri’ Berisi 248 Janin Yang Diawetkan Dalam Hutan

RUSIA – Seorang nelayan di Rusia terkejut apabila mendapati empat tong air yang dijumpainya di suatu kawasan hutan terpencil mengandungi 248 janin bayi yang diawet dalam larutan formalin, lapor Daily Star.

Penemuan yang memeranjatkan dan misteri itu berlaku terhadap seorang nelayan di kawasan hutan terpencil di mana kejadian ini telah membawa kepada satu penyiasatan besar-besaran di Rusia. Namun, dipercayai penemuan misteri ini telah berlarutan selama sedekad.

Difahamkan, nelayan itu telah pergi memancing dan ingin mencari kayu untuk membuat unggun api di hutan tersebut sebelum menemui empat bekas tong air yang berhasrat untuk dibawa pulang.

Apabila dia melihat ke dalam tong air tersebut, dia terkejut selepas mendapati terdapat janin bayi yang diawet dalam larutan formalin di dalam tong berkenaan. Secara keseluruhannya, terdapat 248 janin bayi ditemui di dalam tong misteri yang dibuang itu.

Nelayan itu dengan segera memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa dan pegawai yang menyiasat berkata, mayat itu adalah “sisa bioperubatan” dari sekurang-kurangnya tiga buah hospital di wilayah Ural, tempat di mana janin itu ditemui.

Menurut pihak polis, janin itu telah diawet dengan formaldehid dalam empat tong plastik dengan tag yang menyenaraikan nama keluarga dan nombor.

Penemuan itu dibuat di kawasan hutan kira-kira 70km (45 batu) di utara bandar Yekaterinburg, pada 24 Julai 2012 lalu. Pihak polis berkata, beberapa penutup tong telah tertanggal dan kandungannya telah bertaburan di atas lantai hutan.

Pihak berkuasa kesihatan berkata, aspek tanggungjawab terletak pada organisasi yang didakwa dengan pembuangan sisa perubatan dari hospital di bandar itu, lapor BBC.

Pada masa yang sama, Vladimir Vlasov iaitu timbalan ketua kerajaan wilayah bercakap, “nampaknya syarikat yang bertanggungjawab untuk buat pelupusan sisa bioperubatan ini tidak menjalankan tugasnya dengan betul.”

Mayat janin itu telah ditempatkan di bilik mayat yang terletak di bandar Nevyansk berdekatan bertujuan untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Vlasov menyifatkan kes itu sebagai “luar biasa” tetapi berkata beliau percaya penyiasat akan segera menentukan siapa yang bertanggungjawab untuk pembuangan janin dan mereka yang terlibat dan didapati bersalah akan dihukum.

Sumber: Daily Star

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.