Siakap Keli
bayi meninggal didera
Gambar: BERNAMA

Bayi Lapan Bulan Maut Disyaki Didera, Ibu Ditahan

IPOH, 26 Julai (Bernama) — Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di bahagian badan, dalam kejadian di Sungai Siput dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata polis menerima maklumat berkaitan kematian bayi itu kira-kira 7.15 pagi.

“Bayi itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput. Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan akibat objek tumpul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khaizam berkata susulan kejadian itu, polis menahan reman ibu mangsa berumur lingkungan 30-an selama tujuh hari hingga 1 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Gambar: BERNAMA

Faiz Mustafa