Siakap Keli
obeses nak jadi alien hitam
Gambar: Daily Mail

Obses Nak Jadi ‘Alien Hitam’, Lelaki Ini Kini Bercadang Nak Potong Sebelah Kakinya Pula

Obses Nak Jadi ‘Alien Hitam’, Lelaki Ini Kini Bercadang Nak Potong Sebelah Kakinya Pula

PERANCIS – Akibat terlalu taksub ingin mempunyai tubuh badan seperti ‘alien hitam’, kini seorang lelaki mahu memotong sebelah kakinya selepas dua jarinya telah dipotong sehingga tangannya kelihatan seperti cakar, lapor Daily Mail.

Anthony Loffredo, berusia 33 tahun telah membuat pengubahsuaian pada tubuh badannya dengn membuat pelbagai pembedahan termasuklah mengubah bola matanya dengan tatu dan membuang hidung serta bibir atasnya dalam usaha untuk kelihatan seperti ‘alien hitam’.

Anthony Loffredo, 33, has already covered his body - including his eyeballs - in tattoos and removed his nose and top lip in his bid to look like a 'black alien'

Lelaki berasal dari Perancis itu, telah mendokumentasikan perubahan fizikalnya yang dramatik untuk tontonan 1.2 juta pengikutnya di laman media sosial Instagram. Dia kini mahu melangkah lebih jauh dengan memotong kakinya dari paras lutut ke bawah.

Sebelum ini, dia turut memberitahu bahawa mendedahkan penampilannya yang melampau telah menghalangnya daripada mencari kerja.

Dia berkata, “ia sesuatu yang sangat sukar kerana saya mempunyai kaki yang sihat, dan amputasi adalah sesuatu yang besar,” katanya.

Walaupun telah menjalani beberapa prosedur pembedahan, ia bukan penghalang untuk membelah lidahnya kepada dua dan membuang telinganya.

Walau bagaimanapun, lelaki itu mendedahkan bahawa dia masih berada pada tahap ’44 peratus’ dalam perjalanan ke matlamatnya untuk menjadi ‘alien hitam’.

The Frenchman, who documents his dramatic physical alterations for his 1.2 million followers on Instagram, now wants to go one step further by amputating his leg from the knee down

Loffredo berkata, dia mahu mengubah wajahnya lebih jauh sebelum dia memberi tumpuan untuk memotong kakinya dengan berkata, “Pengubahsuaian saya seterusnya ialah wajah saya, itulah yang seterusnya.”

Dia juga telah menjalani pembedahan untuk membuat lubang pada kulit di bawah bibir bawahnya. Dia sering menyiarkan imej mukanya ke Instagram di mana dia telah mencucuk lidahnya yang bercabang melalui lubang itu.

Dia juga mempunyai banyak implan yang diletakkan di bawah kulitnya, yang hampir sepenuhnya ditutupi tatu hitam.

Dalam catatan Instagram sebelum ini, dia telah membayangkan untuk membelah zakarnya kepada dua. Tahun lalu, dia mendedahkan telah menjalani pembedahan di Mexico untuk memotong dua jarinya supaya tangannya kelihatan seperti cakar.

He has also had countless implants placed under his skin, which is almost completely tattooed black, and had two fingers removed so his hand looks like a claw

Imej grafik dan rakaman video yang dimuat naiknya menunjukkan lelaki itu berbaring di atas meja pembedahan dikelilingi oleh pakar bedah sambil mengangkat tangannya untuk melihat ‘kuku’ baharunya dengan penuh rasa kagum.

Dia juga mendedahkan idea gilanya bahawa dia sedang bersedia untuk mengeluarkan dua jari dari tangan kanannya juga supaya dia boleh mempunyai ‘kuku’ yang sepadan.

Mengakui bahawa dirinya bergelut untuk bercakap sejak penyingkiran bibir atas, namun kesukaran itu nampaknya tidak melemahkan semangatnya untuk buat pengubahsuaian badan.

He had his nose removed last year in Spain as the procedure is illegal in France. Other than piercing and tattooing, body modifications that result in injury are illegal in many European countries

Dia berkata, dia bermimpi untuk menanggalkan kulit sepenuhnya dan menggantikannya dengan sebuah logam. Apabila dia bekerja sebagai pengawal keselamatan pada usia dua puluhan, dia menyedari bahawa dia tidak hidup dengan cara yang dia mahukan.

“Saya menghentikan segala-galanya pada usia 24 dan bertolak ke Australia”, katanya di Instagram miliknya yang kini berpangkalan di Montpellier, Perancis.

Difahamkan, dirinya sebenarnya ingin kelihatan menarik dan dia suka bermain dengan watak yang menakutkan. Dia sering menetap di suatu tempat dan memainkan peranan menakutkan, terutama pada waktu malam di jalan yang gelap.

Sumber: Daily Mail

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.